THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 23, 2009

...:::berbaik semula::...

Assalamualaikum...


dalam keseronokkan menyambut hari raya nii..tiba-tiba kwn yang aku berkecil hati dgn dia msg aku..ayt dia cmni...


"semekom sori gnggu..nk tny sket..ang ngn aku da mslh pa?"

ha tuu la msg dia...aku pun jwb la yg xda pa2..kami pun terus meluahkan semua yang kami xpuas ati,dan alhamdulillah semuanya sudah seperti sediakala..

sebgai seorng yg telah meningkat dewasa kita perlulah bersifat matang,jgnla disimpan kemarahan kita itu krn ia tak akan menguntungkan kita sikit pun..

oleh itu marilah kita bermaaf-maafan antara kita...jgnlah kita ego,klu boleh beralah la...huhu

tapii..yg kes aritu mmg takkan selesai smpai bebila pun..smua nya keras ati....aku memohon agar dibuka pintu hati mereka..huhu

wassalam...

Tuesday, September 22, 2009

...:::setelah lama menghilang::..

Assalamualaikum...

maaf ya kerana lama menghilang...

kesibukkan di UPSI membuatkan aku tak sempat menjengah ke blog..rupanya ramai kwn2 aku yg dah da blog nii..huhu..


kegembiraan pada awalnya aku sangkakan akan berkekalan..rupanya "ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari" pada mulanya aku gembira dan semakin tenang kerana walaupun aku hilang kwn tapi Allah gnti kan pada aku beribu kwn yg baik dan yang seperti yang aku mahu,yang boleh membimbing ak ke jalan yang benar juga jalan yang diredhai insyaAllah..

kadang-kadang Allah menguji aku..pada waktu tuu aku sedar betapa aku alpa dalam mengingatinya..dan bila aku diuji dengan masalah aku mula mencari jalan petunjuk,mula memohon kepadaNYa, dimana pendirian diri aku nii???aku juga belum pasti...

dalam aku mencari jalan yang benar, aku besyukur kerana Allah masih mahu memberi aku sedikit petunjuk,Dia kurniakan aku insan yang dikenali sebagai sahabat, dia banyak membimbing aku,memberi aku semangat,aku mula kenal erti persahabatan....

aku terus mengalah dalam apa jua situasi kerana bg ak itu cara yang trbaik dalam menyelesaikan mslh yg sudah2...

sesungguhnya keberkatan bulan Ramadhan itu terselah,bulan itu terlalu indah sehingga dalam kekusutan yang menimpa aku mendapat sinar cahaya...kegembiraan kembali mengjengah ke ruang hati aku..hehehe..

kali nii aku sedar yg aku tak kan ulang pekara yang sama lagii..aku xkan biarkan pekara itu terjadi lagii...aku berjanji pd diriku,bahawa biarpun di kala aku sng mahupun ssh aku perlu kembali pada Allah,hya pada Dia sahaja yang selayaknya aku luahkan segalanya...'

aku bersyukur raya kali nii aku lebih bermakna,dengan penuh keihklasan aku memohon seribu keampunan kepada semua andai aku pernah mengguris perasaan sesiapa saja...huhuh...

bye...

wassalam...

Monday, July 20, 2009

...:::hari yg bosan:::...

Assalamualaikum...


1st thing nk gtau yg ana xsabar-sabar nk tggu lagii 2 harii..hari yg akan mendewasakan ana untuk cuba jadi lebih matang dan akan dapat membuat keputusan dengan tidak terburu-buru..

benda yg paling menyedihkan ialah dengan tidak semena-mena kwn ana msg ana dengan ayat yg agak pelik..

"ahad 19 julai 2009 jam 11.30 pm: Ana Sombong"

pelik dan hairan ana???bila ana msg or ajar kuar dia bagi seribu satu alasan, then bila ana dah tak kacau dia, dia plk leh kta camtu kat ana...ermmm mmg pelik ngn dunia nii..haizzz...

today, isnin 20 julai 2009: ana dan teman sebilik berpuasa sunat, tapi arini mmg agak letih sgt, asal dapat peluang untuk tidur pasti takkan ana tolak, tapi kali nii ana tekad untuk kurangkan tido supaya tak kurang la pahala puasa arini..hhuhuhu...pada mulanya semua berjalan dengan lancar...ana ke lab kimia jam 8.00 am, ameudia setelah lab ana berhasrat untuk ke libary dan telah mengajak seorang rakan ana, oleh itu rakan ana telah memberitahu W dan rakannya, ana ingtkan tak apala kerna tak baik kedekut ilmu kan..huhuhu.. tak ana sangka rupanya mereka mahu libary..berjalan dengan laju seperti mahu lawan siapa yg akan sampai dahulu...ana igt dah xnak dekat dgn ana lagii...haizz...biar ja laa ana redha jaaa...yg paling wat ana tak ada mood bila si W jalan berselisih ana dengan gaya yg ego dan bongkak dengan mendabik dadanya..huhuhu..GERAM!!!!

kemudian semuanya berjalan dengan smooth...

yg ingin ana kongsikan sebenarnya is betul seperti kata lagu dari kumpulan raihan..

dimulakan dengan bismillah...disudahi dengan alhamdulillah...begitula sehari dalam hidup kita mudah-mudahan di rahmati Allah...

arini apabila ana pergi ke libary lebih kurang jam 2.30 pm tuk berkongsi dengan Zura dan Anis mengenai lab report yg telah disiapkan kami bertiga apa yg ana pelajari dari mereka berdua adalah SEMUA YG KITA LAKUKAN MESTILAH MENGINGATI ALLAH YG SATU...
kisahnya bermula apabila kertas tak dapat nk di kepilkan menggunakan stapler, setelah berkali-kali ana mencuba tak boleh gak..kemudian ana minta bantuan Zura, pada mualanya tak boleh dan yg mengajaibkan apabila Zura berkata Bismillah dengan sekelip mata paper ana ituu sudah terkepil..wow!!! begitu besarnya ayat-ayat Allah..

Akan ana gunakan nya setiap hari dalam kehidupan..mungkin kekadang ana lupa bila sesuatu kerja yg ana lakukan menjadi tanpa bismillah...

Amalkanlah selalu...

Amin.....

Tuesday, July 14, 2009

...:::KEJaDiaN MaNuSia:::...




Assalamualaikum...


hari ini ana telah membaca satu potong ayat dalam al-Quran yang sekaligus menafikan teori Charles Darwin bahawa manusia tejadi hasil REVOLUSI.ia ini kejadian manusia bermula daripada Monyet kemudian berlaku lah revolusi sehingga terjadi manusia yang mempunyai cukup sifat...

LOGIK KAH????

banyak juga artikel juga buku yang telah ana baca mengenai kejadian manusia, juga yang paling ana kagumi adalah ceramah dari Dr. Danial Zainal Abidin seorang penceramah bebas yang lebih menjurus kepada Sains dan al-Quran..

hari ini ana telah menjumpai sepotong ayat yang dapat menyahihkan lagii pengetahuan ana juga ana harap dapat membuka minda pembaca blog ana ini

Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) , kemudian ia
menjadikan daripadanya isterinya(Hawa) dan ia megadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-ringkat) dari satu kejadian ke
satu kejadian
. Dalam
tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian(kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu. bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat di pesongkan (dari mematuhi perintahNya) .

surah Zummar (ayat 6)




kejadian manusia(diri kita sendiri)

dari satu kejadian ia ini air mani dari si ayah yang mempunyai bejuta-juta sperma untuk bercamtum dengan Ovum si ibu...tidakah indah dan sempurna nya kita ini. patutkah kita di samakan dengan Monyet???

dalam tiga suasana yang gelap gelita; menerangkan tentang permbesaran Embrio dalam rahim ibu iaitu kegelapan dalam rahim, kegelapan dalam perut ibu dan juga kegelapan dalam tembuni

Oleh itu marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Maha pencipta iaini Allah S.W.T.




:::Sekian:::

Monday, July 13, 2009

...:::HaRi LaHiR SaHaBaT aNa:::...

ermmm besarnya mulut Shima...


epi bufdaY!!!!! xsabar nya nak mkn kek...


Bufday Girl.....Shima & Jiah


sedapnyer Kek....






Assalamualaikum....



ingin ana coretkan sedikit kegembiraan kerna ana dapat menyambut hari lahir teman baik yang ana sayang dan ana anggap dia seperti sebahagian keluarga ana..



Kepada,


Noor Hasimah Bt Hamdin aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 21.aku harap Shima suka dengan surprise yang aku buat untuk kau...aku harap kau akan sentiasa di murahkan rezeki daripada Allah S.W.T. dan aku juga berharap kau akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu.ingatlah semakin meningkat umur kita semakin pendek umur kita ia ini kita semakin menghampiri mati..oleh itu aku harap kita sama-sama memohon kepada Allah supaya diberkati persahabatan kita dan bertambah kasih sayang antara kita sesama manusia.....



ana telah mengambil beberapa gambar semasa majlis surprise itu...walaupun tak sebesar majlis org lain tapi ana gembira dapat buat sahabat ana gembira.ana juga telah menyambut hari lahir Jiah yang sudah lepas..



mula-mula ana rancang dgn Jiah tuk surprise Shima tapi Jiah tak tau yang kek tuuu da tulis nama dia gak..hehehe..terer tak ana...happy belated bufday Jiah...

Sunday, July 12, 2009

...::::HaRi Yg MeMeNaTKaN:::...

Assalamualaikum...terlebih dahulu ana ingin memohon maaf kerana tidak dapat menjengah ke blog beberapa hari ini kerana ana terlalu sibuk dengan kuliah yang baru sahaja bermula..InsyaAllah ana akan jumpa update blog setiap hari...kalau tidak pun 2 hari sekali..

banyak yang berlaku dalam 3 hari ini....

apa yang ingin ana kongsikan adalah apa yang terjadi pada hari ini ( isnin 13 july 2009) dari pukul 8 pg hingga jam 12.30 tgh....

bermula jam 6.50 am ana solat subuh..
kemudian jam 7.05 am ana membersihkan diri..
ana berharap pagi ini akan jadi kan hari ana indah kerana ana, Shima dan Jiah Puasa Sunat Isnin...
pagi yang merisaukan apabila ana tidak pasti dimana kuliah lab kimia tak organik (TKT2013) sama ada di M.K 2B ataupun M.K 2.mungkin anda tertanya-tanya adakah ana tidak mempunyai timetable..ya benar ana memang mempunyai timetable,tetapi pada hari sebelumnya iaiatu Ahad 12 july 2009 ana telah melihat portal yang mengatakan lab TKT2013 adalah di M.K 2..Oleh itu ana nekad untuk pergi ke M.K 2B dulu dan sekiranya di situ adalah kelas yang lain ana pun akan ke M.K 2...
7.50 am tiba di M.K 2B: ana menyakan kepada seorang akak senior dan dia mengatakkan bahawa ini adalah lab untuk kimia organik..jadi ana pun teruslah ke M.K2B.. Sambil berjalan ana cuba menghubungi Yusra tapiii malangnya tiada berjawab, menjadi persolan di hati adakah Yusra benci padaku seperti SN dan W kerana sekarang Yusra baik dengan SN dan W ataupun Yusra dah masuk lab dan tidak dapat menjawab panggilan ana...ana biarkan saja persolan itu bermain di hati, yang penting is i have to be in that class..hope so..

8.00 am ana tiba di M.K 2 tetapi ana tidak lihat langsung kelibat Yusra,W mahupun rakan sekelas yang lain cuma yang ana lihat is budak-budak senior yang ana agak familiar dengan wajah mereka kerana ana pernah satu team dengan mereka dalam Persatuan Mahasiswa Matematik UPSI (PMMU).ana cuba lagi menghubungi Yusra tiada juga berjawab, dalam perjalanan ana semula ke M.K 2B tiba-tiba......

tiba-tiba telefon bimbit ana berbunyi ana lihat di skrin telefon tertera nama Yusra Cel.ana pun menjawab dan menanyakan di manakah kelas lab kita.Rupa-rupanya Yusra belum sampai lagii baru di pintu pagar..ana pun cakap pada Yusra :

aku tunggu ang kat sini(lab M.K 2 yang berhampiran dengan pintu pagar), yusra
berkata tak pa laa ang pi dulu kita jumpa kat M.K 2B.
Pada waktu tuu ana sedar yang mungkin W ada bersama Yusra...ana pun bergerak
seorang diri menuju ke M.K 2B.setiba di sana ana sudah lihat kelibat Yusra,W dan Ekin.Sebagai seorang yang profesional ana pun membuat seperti biasa walaupun di hati ini hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya ana apabila yusra yang ana tak pernah gaduh akhirnya jadi seperti orang yang benci ana sampai nak tgk muka ana pun tak mahu, nak cakap cam tak nak cakap, jawab cam tak nak jawab..Setahu ana, bila ana dgaduh dengan SN dan W ana tak pernah nak hasut kengkawan yang lain supaya jangan cakap or buat muka kat SN dan W.Walallahulam...kalau SN dan W ada buat camtu sebab apa ana kata bergitu is when SN pair dengan W untuk lab ana pasti akan pair dengan yusra tapi sekrang Yusra cam nak mengelak dari ada kena mengena dengan ana..ahh...biar saja lah,......

8.20 am baru kami mengetahui yang rupanya lab TKT2013 di M.K 2...setiba di M.K 2 kami pun memberitahu masalah kami kepda Prof..hari yang membuat ana terasa apabila si W berbisik-bisik dengan Yusra bahawa yusra tak mahu pair dengan ana..ana pun dah tahu dari awl lagii bahawa yusra memang tak akan pair dengan ana, ana pun tak kisah..tapi tak payahlah sampai nak berbisik-bisik..

11.00 am ana pergi mencari buku teori pengajaran matematik oleh prof shah saad.mula-mula ke libary bersama Ekin malangnya buku itu sudah kehabisan kemudian ana pulang ke rumah untuk mengambil nota untuk di fotostatkan kepada Amy.

11.15am ana ke cc dulu untk print RI TKT 2013, kemudian ana ke Bitarasiswa untuk melihat sama ada kedai buku lagii satu buka ataupun tidak untuk ana membeli buku TMP. Tiba-tiba di bitarasiswa ana terlihat ada penjualan pelbagai jenis buku, pada mulanya ana ingin mencari buku untuk kuliah petang nii alih-alih ana terlihat sebuah buku yang menarik kulitnya yang bertajuk Aisyah..

kemudian ana menuju ke kedai buku yang lain untuk mencari buku TMP, Alhamdulillah jumpa juga..ana membeli buku tersebut untuk ana dan juga teman ana, Amy..

Ana menuju ke kedai fotostat tetapi malangnya nota yang ingin ana fotostat ana rupanya tertinggal di rumah..tak apa la ptg nii akan ana ikhtiarkan untuk fotostatkan untuk teman ana..

apa yang ingin ana kongsikan is sometimes kita kena jadi profesional jgn la mengikut kata hati berbanding akal fikiran kerana ia akan merosakkan diri..kepada teman ana yang sanggup jugde ana begitu ana terima dengan redha...ana serahkan semuanya pada Allah yang Esa..

semoga petang niii akan menjadi ptg yang lebih bermakna...amin...

:::Sekian:::

Thursday, July 9, 2009

...:::BaPoK YaNg InSaF:::...

Kisah pilu ini baru sahaja diceritakan
padaku sebentar tadi. Ketahuilah
kamu bahawa kisah ini adalah kisah
benar… memang benar dan tidak ada
yang benar melainkan benar-benar belaka
… cuma ..nama dan wataknya
sahaja telah ditukarkan agar tidak
menyinggung perasaan mereke-mereka yg
terbabit especially VIP-VIP yang tengah
dok kecut perut selepas kes
Norrita
!!!

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah
Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ).
Ayu adalah seorang mak nyah ataupun
Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu
masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok
yang berkerja di sebuah syarikat
swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara
sebagai Operator cum penyambut
tetamu.

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di
KL, beliau tinggal bersama teman
sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu
Klang. Namun, apabila Hamdan..

oopssss …
Ayu mula menukar selera dan
cara hidupnya akibat terlalu
taksub
dengan gaya kehidupan
kota metropolitan
yang cukup mencabar lantaran memilih
cara pemakainnnya menjadi seorang ‘wanita’.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh
mata-mata gatal jantan-jantan
miang kota
raya. Sekali pandang
ke ayu annya memang terserlah …
lengguk
langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun
bangun berlari … apatah lagi
kalau skirt pendeknya kegemarannya
terselak bak tiupan angin ganas
kenderaan yang sentiasa mundar mandir …
macam-macam ada …
Pak Abu
pun boleh simpan ketayap dalam poket
dulu. Keterampilan ini pun
kadang-kadang membuatkan Ayob yang
memang telah mahir dengan asal usul
Ayu pun tak tertahan …
takut-takut ada
yang patah katil bujang nanti …
sabun pulak jangan cherita lah …
sejak-sejak kebelakangan ni,
asyik kehabisan stok saja …

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan
nama baik kampong mereka Ayu
telah berpindah keluar dari rumah
sewanya ..tak sama line lah braderrrr..

Hari demi hari berlalu dengan pantas …
kehidupan kotaraya makin
mencabar … kelibat Ayu sudah lama
tidak kelihatan … kes jenayah
makin menjadi-jadi … rogol, ragut,
bunuh secara sengaja, tidak sengaja
maupun tanpa disedari, buat dan buang
anak. Kadang-kadang tertanya-tanya
juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya
yang telah vogue gitu …

Di pendekkan cerita yang makin
memanjang, satu hari ketika Ayob berada
di rumahnya sedang menonton Akademi
Fantasia tiba -tiba kedengaran satu
ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob
buka pintu… dilihat didepannya
seorang wanita cantik lagi Ayu …
dengan skirt pendeknya..dan rambut
al-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir
tak kenal Ayob bahawa di
depannya itu sebenarnya akan kawannya si
Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan
ke’Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun
masuk ke rumah sambil menangis
tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob
yang terkedu dan gabrah
cepat-cepat menutup pintu kerana
takut-takut diintai oleh pasukan 999
TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan
Ayu membuatkan Ayob berasa
sesuatu yang telah mula bergerak …
namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .

Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku
sebenagnya nak bertaubat.. Aku
tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi
lagi. Aku insaf … insaf …
TAUBATTTTT … aku tak mau nama dan
gambag aku keluag masuk TV ataupun
sorathabag macam dot dot dot tu …. isk
isk isk huaaaaaa … .

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama
timangan Hamdan semasa mereka
di kampong) Aku pun selalu juga dok doa
kut hang balik ke pangkal jalan.
hamdulillah …

Ayu : Betoi lah Yob … hang sorang lah
kawan aku dunia dan akhirat
….. Mulai minggu depan … Yob aku
akan berazam untuk berubah … kali ni
habis-habisan. Aku akan … jeng..jeng..
jeng … .. .
… …
… …
… …
… …
… …

pakai tudung dengan baju kurung
ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah
aurat. What do u thing Ayob ?

Ayob : Astagfirullah. .. …
( Ingat taubat betoi-betoi ) .....








...:::sekian:::...

....:::FaMiLyKu:::...

...:::FaMiLy Yg Aku SaYanGi::::...

...:::My BeLoVeD MoThEr:::...

...:::My PaReNt:::..

time niii seronok sgt...sebab dalam family ana susah sgt dapat kuar sekali....ni laa dapat peluang kuar sekali eventhough kitaorang just pergi kenduri niii laa arii yang wat aku rasa gembira..semoga Allah kekalkan hubungan kekeluargaan kami...











...:::BeRsYuKur Ku:::...

persahabatan yang telah hancur...selama aku cuba kekalkan hubungan kami..akhirnya Allah lebih mengetahui...


Setelah hampir seminggu berlalu aku tersangat bersyukur atas nikmat dan ketenangan dalam kesibukkan aku menjalani hidup sebagai pelajar UPSI....Adikku pun telah selamat smbung pengajarannya...

Dalam kerisauan yang melanda diri ini atas ketakutan andai aku tidak diterima orang tetapi sangkaan aku meleset sekali..Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan ku...biarpun mereka berdua tetapi mereka tidak boleh memiliki kesemuanya....

cuma.....

salah satu apa yang aku fikirkan akhirnya jadi kenyataan juga...mungkin pada mulanya aku merasa marah tetapi apabila aku fikir dengan hati yang waras aku redha. Anda rasa patutkah apabila kita bergaduh dengan salah seorang kwn sekelas dengan kita dan kawan kita yang lain jadi masam muka dengan kita, padahal pada suatu masa dulu kita tidak ada sebarang masalah pun dengan dia???patutkah dia menghukum kita tanpa mengetahui pekara sebenar...patutkah dia tidak tegur kita hanya kita bergaduh dengan orang lain..rasanya tidak patut laa...


tetapi aku redha dengan semua yang berlaku..aku sedar inilah antara ujian yang Allah beri kepada diri aku ini...apa yang penting bagi aku ,aku hepi sangat dengan Shima dan Jiah..Akan aku cuba jaga persahabtan kami ini..

Semoga Allah kekalkan hubungan kami...dan berilah kami petunjuk..

p/s: da 1 gii mslh???

11 hb 7 nii bufday sahabat ana..sahabat yang ana dah anggap dia cam keluarga ana sendiri...tapiiii ana tak ada idea nk bli apa yang boleh wat dia terharu dan hargai???tolong ana!!!!

Sunday, July 5, 2009

ingin mengubah cara hidupku...

setelah beberapa hari aku tak update blog ini rasa rindu di hati untuk meluahkan apa yang terbuku di lubuk sanubari ini...

beberapa hari yang lalu aku terlalu bz dgn persiapan untuk pulang ke UPSI dan ingin pindah ke runah sewa yang baru setelah pelbagai panca roba yang berlaku sepanjang sem4...selain itu aku juga bz dgn persiapan adikku yang dapat ditawarkan menyambung pelajaran dalam pra diplima sains di UITM K.Pilah..

Jumaat, 3/7/09; perjalanan dari Pulau Pinang ke Tanjung Malim dari pukul 12 kemudian aku serta family aku singgah untuk ambil Sahabatku di Teluk Intan untuk sama-sama pulang ke UPSI.dalam jam 4.30 ptg tiba di Teluk Intan kemudian opahnya menjemput kami untk menjamu selera laksa..disebabkan terlalu letih aku tidak menjamah hanya sekadar minum air sahaja.tapi aku hepi sbb family aku 1st time datang rumah sahabatku juga merangkap anak angkat pada keluarga aku.. Perjalanan diteruskan dan lebih kurang 6 ptg kami tiba di UPSI dan aku meletakkan barang-barang ku di rumah baru kemudian kami terus pergi ke pekan untuk mencari sedikit barang adikku.jam 6.30 ptg kami semua gerak ke Btg Kali rumah mak cik ku untuk berehat di sana..

Sabtu 4/7/09; seawal jam 8 kami bertolak ke seremban untuk menghantar adikku ke uitm..perjalanan yang agak jauh juga bersyukur aku kerana ada kawan pak cikku yang sudi menunjukkan jalan kepada kami untuk ke uitm tersebut.tempat yang cantik walaupun agak pedalaman sedikit..setelah selesai berkemas dalam jam 1 tgh hari kami bertolak ke KL untuk menghantar ibu bapakku ke hentian duta untuk pulang ke penang.ini adalah kerana ayahku tidak berepa sihat untuk memandu kereta.setelah menghantar mereka aku dan rakanku terus bertolak dari KL ke Tanjung Malim.lebih kurang jam 5.30 kami tiba di rumah lama UPSI, bersyukur aku kerana musuhku yang dulunya rakan baikku belum sampai lagi.aku pun solat kemudian pergi ke rumah baru untuk bersihkan bilik tersebut.setelah pembersihan dilakukan aku pulan semula ke rumah lama dan mandi kemudian solat maghrib dan berehat sebentar kerana terlalu letih.Dalam jam 10 malam kami mula angkat barang nasib baik ada seorang teman lelaki kami mahu menolong kami mengangkat barang al maklumlah rumah baru kami kat tinggkat 3 tak terdaya kami nk angkt kotak yang berat tuu...huhuhu..

Ahad 5/7/09; kami menolong Jiah teman serumah kami juga untuk mengangkat barangnya kerana hari sebelumnya dia terlibat dengan sesi MSK pelajar baru.kemudian kami bertolak ke Teluk Intan semula untuk mengambil beberapa barang yang tertinggal juga purse aku yang tertinggal di rumahnya, tak dapat aku nak byg bagaimana aku berani drive keta tanpa lesen dan IC..huhuhu...bersyukur semuanya selamat...cuma hari nii agak letih mengemas barang yang banyak sangat..

Isnin 6/7/09 ; aku masih tidak kelihatan musuhku dan aku tahu kelas ptg nii mesti aku akn jumpa mereka..Ya Allah aku harapkan kekuatan daripada Mu untuk menempuh dugaan ini..janganlah kau kaitkan aku dengan mereka lagii...biarlah aku seorang pun tak apa..Tolonglah hambamu yang daif ini..Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan akhir-akhir ini tetapi aku mohon keampunan daripadamu..biarlah kelas petang nii berjalan dengan lancar..kerana aku takut sangat...dan aku mohon kau rapatkanlah silaturrahim aku dgn Shima dan Jiah...

:::::amin:::::

Monday, June 29, 2009

~kisahku bermula di sini~

awal 2008 : semester 2
aku berasa sgt seronok krn pada waktu itu aku rasa epi bila dapat kwn cm mereka.walaupun kali nii kami tak duk 1 umah tapi aku dan SN tggl pd 1 floor yg sma..kami berkawan baik sgt..aku selalu lepak kat umh SN & kekadang aku pegi umh H. Bagi aku bersama H wat aku rsa lebih sng krn dia lbh memahami aku mungkin sbb bufday kami bulan yang sma kot...hehehe..

Pada waktu itu SN juga sudah putus ngn bf lma dia.Mungkin ini jln yg terbaik utl mreka kot..daripada dia suka menipu lebih baik dia ptskan sja hbgn dia..tapi bg aku dia ptskan hbgn tuu sbb dia perlu plh antra abg angkat dan juga bf.oleh itu dia memilih utk melepaskan bf dia dan mula menceritakan keburukkan bf lma dia..aku sebg kwn sekadar dgr mslh dia,aku tak boleh memberi apa-apa pendapat krn aku tak btl2 knl bf dia.

Pada masa yang sma H juga tlh mmpunyai bf yang dia kenali waktu tlg makcik dia semasa cuti sem yang lalu..aku lihat dia epi sgt semenjak ada bf nii..tapi hnya 1 kekurangan yang aku nmpak pd diri dia is she always keep her bf 1st then ours..bagi dia ckplah kehidupannya dgn insan yang tersayg..kali nii aku lihat H btl2 syg pd Bf dia..

lbh kureng bln 2 cmtu aku pulng ke rumah sbb cuti, dgn kuasa Allah S.W.T aku terjumpa kwn lma aku yg aku knali sbg A(seorg lelaki), oleh krn aku tahu A msh single aku mndapat buah fikiran tuk satukan A dan SN yg aku lihat mcm sedih ja...aku juga dapat rasakan bhw SN cm jeles bila H ada bf.oleh itu aku knlkan A pada SN.pada mulanya A mengirimkan gmbar nya padaku tuk diserahkan pada A, dan wajah SN aku tunjukkan pd A melalui hp aku. dari situlah perkenalan mereka bermula..aku selalu berpesan pd A spya cepat2 ngorat SN.lebih kurang 2 mggu pastu A telah pun couple ngn SN.Aku pun tumpng gmbra & berharap jodoh mereka pnjg..

Pada waktu itu aku msaih tak menyedari bahwa apa yang aku lakukan ini berdosa sebnrnya krn aku akn wat mereka berdosa..Astafirullah...apa yang aku lakukan pd waktu itu hya krn kesiankan SN shja, aku dah anggap SN sahabat aku sendiri, ini juga mngkin krn H dah tak seperti dlu, dia lbh menghabiskan masa nya dgn bf dia, yng aku hairan dgn H adalah apabila dia berjumpa (dating la kirenya!!) dia pasti tak akan tnjukkan bf dia pd kami..mungkin bg dia itu tak pntg tp aku sgt2 risaukan dia,aku pun tak pasti knp.

setelah beberapa mggu, aku pun bercadang mmbawa SN plg ke rumh ku untuk berjmpa dgn A..tak ku sangka SN tak menghormati keluarga ku lngsung..dia wat umh ku seperti hotel,kuar pg bliknya bila mlm hari.tapi waktu tuu aku tak ksh & mak aku pun tak ksh sgt,mgkn mak aku tak berapa bekenan ngn prangai dia kot lagipun 1 yang korang tak tau is di free hair...

aku lihat SN sgt epi bila ngn A, cma kekadang dia da skit gduh2 laa..hahaha..biasala....da juga A dtg ke U kami...aku yg arrange smua..pd waktu tuu aku dpt keta, then aku pun bwk A, SN,H dan W jejalan...pd waktu tuu mreka tak menunjukan apa-apa yang mengharamkan.

hujung-hujung sem 2 kami dah agak bz ngn final exam,ngn tiba-tiba bf H wat hal.boleh dia main2 wakenabeb kat H,aku mrh gak waktu tuu tp aku H cm tak ksh pun, malahan dia sggp trima bf dia blik even bf dia duk permainkan dia..tapi aku tak ksh la, krn aku bkn siapa2 dlm hidup H,lagipun SN byk bantu dia...H sygkan dia because he's the 1st man yang pergi umh H jmpa kluarga H,itu yang mmbuatkan H sygkan dia.

smua berakhir dgn kegembiraan shj..walaupun aku byk pgg rahsia SN yang msh tak puas hati & terasa ngn gurauan W malahan aku juga mula terasa ngn gurauan dia..kekadang aku merasakan W byk memalukan aku, juga aku merasakan yg W sygkan H & SN dari aku..tapi aku tak ptt berperasangka ngn W,mungkin perasaan aku sja..aku pun lupakan ttg bnda bodo yang aku pikirkan itu..

sebelum cuti sem bermula,kami ber5 telah bercadang tuk tggl di rumah sewa yang juga berdekatan dengan kolej kediaman kami yang lma.Aku,H,G,SN dan W tggl serumah..pa yang menjadi perbualan kami adlh apabila salah sorg antara kami perlu tggl sorg dlm 1 blik krn dlm rmh tersebut da 3 blik, 1 blik 2 org tapi disebabkan kami ber5 so da 1 blik yg kna duk sorg2..huhuhu..Pada mulanya aku telah bercadang tuk tggl sebilik ngn H, SN ngn G sebab 1st dia mmg tak nak sebilik ngn org yang sma kos, 2nd dia dah pnh sebilik ngn G.disebabkan W tak nak tggl sorg so aku beralah tuk ambik blik yg sorg tuu..W tak tau yg smua tak tau sal perbincangan kami niii...

setelah smua urusan pndah brg selesai dan sehari sebelum pulang ke rumah aku telah bercadang tuk pergi ke rumah H sbb aku btl2 tingin nk jmpa mak n opah dia.aku, H & W bertolak pd pg harinya dan mmbwa smua brg H.ptgnya kami pun pulang semula ke U kami bersama H.at least aku memudahkan H pulang tanpa mmbawa brg yg byk tuk naek bus..heheh..

:::::::::::::::cuti semester:::::::::::::

Thursday, June 25, 2009

Sesuatu Yang Anda Tidak Terfikir


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12.. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13.. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia.walaupun punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga




p/s: Buat insan bernama Noor Hasimah, aku harap suatu hari nanti kau akan diberi petunjuk daripada Allah supaya kau dapat memahami apa itu erti persahabatan dan aku berharap dengan keikhlasan aku yang ingin menjadi Teman sejati kamu di kala susah dan senang. Aku berharap kau dapat menyayangi insan yang betul-betul ikhlas padamu,bukan insan yang ingin mengambil kesempatan padamu, carilah hubungan yang diredhai Allah..

suatu pengajaran

Malam yang agak panas disebabkan masalah jerebu yang melanda aku mendapat suatu perkabaran dari ibuku bahawa suami pada jiranku meninggal hanya dalam masa belum sampai 24 jam. Aku berkata begitu adalah kerana pada petang tersebut ada ibuku bercerita pada kami adik beradik bahawa isteri kepada arwah dulunya seorang yang aktif, kemudian dengan tidak semena mena dengan kuasa Allah S.W.T terjadinya suatu kemalangan di mana kakinya di cucuk jarum or sumting yang agak tajam. Bagiku ia adalah perkara biasa tetapi yang menghairankan diriku adalah si isteri tidak lagi dapat berjalan. Telah banyak ikhtiar dilakukan keluarga sehingga pergi berjumpa pakar tetapi tiada perubahan.Menjadi tanda tanya di benakku mengapa ini terjadi???Apakah puncanya???Adakah ia buatan orang???Atau ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan??SubhanaAllah...sesungguhnya Allah itu Maha Esa, hanya Dia lah yang lebih mengetahui..

Dugaan terus menimpa keluarga ini apabila pada pg khamis si suami pergi membeli barang untuk si isteri masak, dengan kuasa Allah si suami ingin menghidupkan enjin motosikal nya tetapi ia merasakan bahawa seluruh tangannya kebas dan tidak semena mena si suami pun jatuh dan di mulutnya keluar sejenis cecair ataupun boleh diumpamakan sprt buih.Si isteri yang berada di atas tidak mampu melakukan apa-apa kerana kudratnya yang tidak mampu untuk turun ke bawah melihatnya apa yang si isteri mampu hanyalah mendengar perkabaran dari orang dan hanya mampu menangis dan menanti perkabaran yang baik dari si suami tercinta. Setelah si suami dibawa Ambulans ke Hospital, Si suami pun menelefon kepada si isteri utk memberitahu si isteri bahawa tiada apa-apa yang menguatirkan..

Dengan kuasa Allah yang Maha Esa juga pada malam hari nya lebih kurang lepas isyak si isteri mendapat panggilan telefon daripada pihak Hospital yang mengesahkan bahawa si suami telah pergi selamanya menemui Allah yang satu..Tiada apa yang mampu dilakukan oleh si isteri yang pada waktu itu hanya keseorangan di rumah menanti si suami pulang.

Hanya jiran-jiran juga teman-teman yang mampu mengubat kesedihan juga kesepian ini...Setelah mendengar cerita ini dari ibuku aku merasakan begitu takut teramat sangat.Selama ini aku merasakan bahawa untuk mati kita perlu sakit yang agak lama barulah mati..SubhanaAllah aku sedar hanya Allah yang menentukan segalanya, hanya dengan sekelip mata semuanya musnah..

Sekarang aku sedar bahawa Mati akan tiba, tidak mengira usia,tahap kesihatan dan pada bila-bila masa sahaja..Aku berdoa supaya biarlah aku pergi dalam keadaan aku mengingati Allah..

Ucapan takziah dari aku dan keluarga kepada keluarga Arwah atas pemergian insan tersayang semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk nya...

:::Al-Fatihah:::

~kisahku bermula di sini~

Kebahagiaan yang aku rasakan sekarang telah dicuit dengan sedikit kerisauan dan membuatkan hati aku jadi tidak tenteram,aku jadi semakin diam di rumah memikirkan apa yang akan terjadi di masa hadapan. kadang-kadang aku rasakan tidak mahu menghadapi masa depan, tetapi aku perlu sedar bahawa setiap yang menimpa ada hikmahnya juga semuanya datang daripada Allah...sebuah persahabatan yang terjalin lebih kurang 2 tahun terputus begitu sahaja hanya kerana salah faham juga ketidakselesaan oarng keliling melihat betapa akrabnya kami waktu dulu...

Sekarang aku nekad untuk menceritakan semua yang berlaku, mungkin dapat meringankan beban juga kerisauan di hati ini.

dari mana harus aku mulakan???
Oh ya!!! ak patut mulakan dari sini...

bulan 7 2007: aku diterima masuk di salah sebuah IPTA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda...dari sini lah aku mula mengenali mereka..SN mempunyai teman iaitu H, kali pertama aku melihat H aku takut hendak berbicara denganya kerana aku merasakan dia seorang yang pendiam tapi kami mula bercakap pada sambutan hari kelahirannya pada bulan 7 sama bulan dengan hari lahir aku.W juga teman sekuliah denganku.aku, SN dan juga W akan selalu pergi ke kuliah bersama dan bila waktu makan kami bertiga akan pergi bersama H. pada masa itu aku merasakan mereka kawan yang baik, mereka boleh bergurau denganku, seronok sangatlah waktu tu...waktu tuu aku merasakan yang merekalah teman yang akan aku jga persahabtan kami.Setiap hari yang begitu indah bagiku..Aku mula rapat dengan H tapi aku masih belum betul2 mendekati dia krn dia begitu rapat dengan SN.SN pula tinggal serumah dengan ku tapi berlainan bilik dengan ku. dia sebilik dengan G.G seorang yang baik, matang juga pandai.SN banyak menceritakan permasalahan nya padaku, G dan kekadang pada H kerana H tak serumah dengan kami. begitu juga dengan W. SN mempunyai Bf yang dia juga belum pasti sama ada dia sygkan bf dia ataupun tidak kerana SN telah menjalinkan hubungan dengan banyak lelaki.Semakin lama aku mengenalinya aku dapat lihat betapa dia tak suka dengan Bf dia, setiap hari dia pasti akan kuar dengan laki2 tuu..dan dia juga mempunyai seorang abg angkat.tapi aku tak kisah asalkan kami dapat berkawan.kami terus berkawan bereempat dan aku terus mengenali setiap di antara mereka dan aku harap mereka juga begitu.Demi kwan aku dan H sggp tipu Bf SN apabila dia mahu kuar ngn abg angkat dia.xpala asalkan dia bahagia,mungkin bagi dia mempunyai banyak kawan lelaki dapt membahagiakan dia asalkan dia tak lupa pada kwn2 dia...Sampailah pada suatu ketika bermulanya ketidakpuasan SN pada W, teringat lagi aku selepas dia turun dari bas dia pun menceritakan ketidakpuasan dia pada W, tapi aku tak bg apa2 komen kerana aku dah berjanji tak mau cerita sal sesiapa pun...kerana terlalu seronok berkawan juga kami selalu menghabiskan masa bersama membuatkan aku lalai dan kekadang lupa pada Maha pencipta..Aku sudah tidak seperti aku di Matrik dahulu..aku lalai dalam mengaji, aku melewat2kan solat dan kekadang aku sanggup menipu ibuku bahawa setiap hari aku mengaji padahal ia sebaliknya.Tetapi aku tau dan aku yakin antara kami da seorang yang dia juga mempunyai pemikiran seperti ku iaitu H sebab aku dapat tahu kekadang dia mesti mengaji walaupun tak selalu.Pada saat tuu aku begitu mengharap yang dia dapat jadi Sahabat aku, sahabat yang selama ini orang cakap yang sahabat akan da di kala susah dan senang aku.

kami berkawan dan terus berkawan....sehinggalah tamat semester 1...

:::bersambung:::

Wednesday, June 24, 2009

SEJARAH 7HARI DALAM SEMINGGU

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.

Hari Isnin

1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan “Qul huwallahu ahad”

Hari Selasa

1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu

1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba’.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.


Di antara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi. Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari
p/s dari Forum myMasjid

Monday, June 22, 2009

~Rejab Tiba~

kepada semua teman-teman ku....

sedarlah yang pada 24 June adalah 1 Rejab...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





pesan Ustaz ku....

pada malam ini marilah kita bangun pada 2/3 malam untuk beribadat sujud kepadaNya kerana pada malam ini Allah akan membuka Pintu Rahmatnya Seluas-luasnya pada hambanya yang ingin memohon keampunan juga pada hamba yang sentiasa tidak lupa pada Nya

kata Ustazku lagi lakukan solat sunat Tahajud dan jika berkesempatan lakukanlah beberapa solat sunat yang kita mampu, mohonlah keampunan pada Nya yang Maha Esa...

serta marilah kita sama-sama berpuasa pada 1 rejab ini (Rabu)..Semoga kita sama-sama mendapat keampunan juga keredhaan Nya dalam menempuh dunia yang peunuh dengan panca roba ini...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

::::Indahnya Ayat Kursi:::::::


sinar cahaya ayat kursi


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'




'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. .

Sunday, June 21, 2009

:::WaNiTa:::

"Tangan yang menghayun buaian mampu mengongcang dunia"





Kata-kata ini masih kita gunakan dan ia di katakan masih logik. Ini adalah kerana kita dapat lihat peratus wanita di dalam mana-mana bidang yang mampu berganding bahu bersama-sama kaum lelaki.

Menjadi persoalan adakah wanita terkongkong dalam mencari pahala seperti mana kebebasan yang diberikan kepada lelaki yang mampu mencari pahala dengan banyak cara.

Pada zaman Rasulullah isu hak wanita diperkatakan oleh seorang wakil dari pihak wanita iaitu Asma' bt Yazid. Beliau merupakan seorang wanita dari golongan Ansar juga merupakan seorang wanita biasa tetapi mempunyai keberanian dan usaha serta menjadi terkenal kerana pembelaanya terhadap kaum wanita, oleh kerana sifatnya ini beliau dihormati oleh bangsanya malahan baginda dan sahabat juga menghormatinya.

Kisahnya bermula apabila pada suatu masa Asma' datang menemui Rasulullah, di depan Nabi beliau memulakan bicara dengan penuh hormat untuk menerangkan maksudnya menemui baginda.

"Aku ini adalah utusan dari kaum wanita," kata Asma' dengan hormat memulai pembicaraannya.

Beliau pun berbicara menerangkan penangunggan para wanita. Wanita seakan-akan terikat dan terkongkong dalam hidupnya di dalam Islam, menjaga rumah dan menderita menanggung hamil, para lelaki kelihatan mempunyai darjat tinggi seakan-akan dilebihkan dari wanita. Mereka pergi solat Jumaat, berjemaah, menjenguk orang sakit dan menghantar mayat ke kubur. Begitu juga dengan naik haji dan yang lebih utama kelebihan lelaki ialah berperang di jalan Allah. Bila lelaki pergi untuk naik haji dan berjihad, maka wanita akan ditinggalkan untuk menjaga harta, menjahit pakaian dan mendidik anak-anak.

Semua pekara itu dibentangkan dengan panjang lebar oleh Asma' dan membayangkan kesedihan hati para wanita. Lelaki diberi kelapangan beramal dan mereka akan mendapat pahala lebih banyak di sisi Allah kerana kesempatan yang banyak bagi mereka berbuat demikian.

"Apakah kami tidak boleh menyertai kaum lelaki dalam pahala dan kebaikan?" kata Asma' pada Rasulullah mengakhiri katanya.

Baginda kelihatan terharu dengan kata-katanya itu sambil memandang para sahabat. Memang kelihatanya wanita dibezakan pahala dari lelaki.

"Adakah pernah kamu mendengar tentang wanita yang lebih baik halnya di dalam urusan agamanya dari wanita ini??" Nabi bertanya kepada sahabat-sahabat baginda.

Nabi memandang ke arah Asma'.

"Tidak kami duga bahawa seorang wanita diberi hidayah Allah sebegini," jawab sahabat.
"Wahai Asma', utusan wanita," berkata Nabi.
" Engkau berilah faham kepada wanita-wanita itu. Berlaku baik kepada suami, hidup suka menyukai, turut memperturutkan, semua ini adalah menyamai pahala para lelaki yang engkau katakan." Demikian Nabi menerangkan ajaran Islam kepada Asma'




Asma' mendengar dengan tenang.



Setelah difahami keterangan Nabi itu, maka Asma' segera meninggalkan tempat itu. Beliau amat bersyukur dan memuji Allah atas kurniaan-Nya.

Asma' kembali menemui kumpulan wanita yang sudah sedia menunggu dan ingin mengetahui apa yang telah dibincangnya dengan Rasulullah. Maka Asma' pun menceritakan keterangan Nabi dan para wanita Islam itu mendengar dan menerima dengan gembira. Begitu luasnya ajaran Islam untuk kaum wanita yang beriman kepada Allah.

Usaha dan keberanian Asma' mendapat sanjungan para wanita Arab dan beliau diberi gelaran "Rasulun nisa" iaitu utusan istimewa wanita Arab kepada Nabi. Beliau mempimpin wanita bangsanya bagi menyelesaikan apa jua keraguan wanita-wanita dan beliau akan mendatangi Nabi s.a.w.

Asma' seorang yang pintar dan juga berani menemui Rasulullah bagi medapatkan kebenaran. Dengan usahanya ramailah para wanita masuk Islam. Beliau diberi penghormatan sebagai

"Utusan Istimewa Wanita"

P/S: petikan dari buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Oleh itu wahai kaum wanita sekalian, jadilah wanita yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. sesungguhnya Islam itu mudah dan janganlah kita merumitkan islam itu dengan memberi pelbagai alasan untuk menyedapkan hati sendiri.

:::BuaT INsaN TeRsAYaNg:::

Bagaimana ingin aku mulakan???
Dari mana harus aku ceritakan tentang insan ini???
  • Tentang pekara yang dia lakukan pada aku
  • Tentang pengorbanannya
  • Tentang sifatnya yang suka menolong
Bagaimana ingin aku gambarkan betapa gembiranya aku menjadi sebahagian hidupnya,menjadi darah dagingnya, melihatnya yang sibuk mencari rezeki untuk anak-anaknya membesar seperti anak orang lain,mendengar keluh kesahnya dan melayan sikapnya yang kadang-kadang buat aku makin tersentuh dan terharu....
Dia...
Seorang yang dikatakan "low profile" tetapi dia juga seorang yang tegas dalam menjalankan tanggungkawabnya sebagai ketua keluarga.Dia mencuba sedaya upaya untuk memastikan anak-anaknya tidak menderita sepertinya,biarlah dia yang susah asalkan orang yang tersayang gembira.
Dia...
Seorang yang dikenali dan disegani rakan-rakan sepejabatnya. Merupakan seorang rakan yang boleh dikatakan mesra juga suka membantu rakannya,kadang-kadang dia sanggup mengorbankan kebahagiaan keluarganya untuk rakan-rakannya...
Dia...
Seorang yang tidak suka menunjukan kasih sayangnya itulah lelaki mesti pertahankan egonya, tetapi aku dapat melihat kasih sayangnya terutamanya pada isteri tercinta..walaupun selalu dia bertutur agak kasar dengan isterinya tetapi dia sedaya upaya akan cuba memenuhi impian juga keinginan isterinya.
Menjadi tanda tanya di benakku
  • Kenapa ini yang terjadi padanya??
  • Kenapa kebaikan dibalas dengan kejahatan??
Setelah apa yang dia lakukan tetapi tidak dihargai, mereka semua melepaskan semua beban di bahunya. Aku sedih melihatnya, bagaimana caranya untuk aku membantunya sedangkan aku masih bawah tanggungannya dan sekiranya aku ingin membantunya adakah dia menerima bantuan aku??
Sekarang dia bertungkus lumus mencari duit untuk menyelesaikan beban yang dilepaskan padanya sedangkan pada suatu ketika dia sanggup membantu sedaranya, tapi dikala dia susah semua sedaranya bagaikan "melepaskan batuk ditangga" membiarkan dia menyelesaikannya seorang diri.
Ada juga kekadang aku melihat dia menghubungi orang yang dulunya manis mulut dari lidah, tetapi mereka bagaikan melarikan diri dari membantunya..Inikah dimaksudkan dengan Saudara???
Makin hari aku melihatnya semakin kurus, bermula jam 7 pg dia sudah keluar kerja, pulang jam 1 untuk solat dan rehat sekejap, kemudian jam 2.30 ptg menyambung tanggungjawabnya mencari rezeki, disambungnya terus hingga ke pukul 8.30 mlm, dan kekadang sampai 1 pagi. Malahan sekarang sabtu dan ahad juga dia kerja, ini membuatkan kami jauh darinya..
Disebabkan kejauhan kami darinya membuatkan aku jadi semakin marah pada orang yang mempermainkan kebaikkannya. Walaupun dalam keadaan yang sesak ini dia masih cuba menunaikan permintaan anak-anaknya.
"katakan apa saja wahai anakku, apa yang dikau mahu akan aku tunaikan agar aku akan selalu melihat dikau gembira."




Disebabkan kata-katanya itu,Sekarang aku tekad untuk habiskan pengajian aku, kemudian aku akan menaggung semua bebannya sekarang.Aku mula menjadi seorang yang dewasa, aku mula menjadi insan yang mengenal erti "tanggungjawab" akan aku penuhi semua kemahuannya seperti mana dia menunaikan semua kemahuanku selama 23 tahun.
Wahai Insan yang aku sayang,
Ayah...Abah...Wahid...Bapak...di hari bapa ini aku berjanji padamu akan aku balas jasamu walaupun ku tahu aku tak termampu wahai ayahku, aku anakmu yang telah banyak menyusahkan dirimu, sedang cuba mengembirakan dirimu..segala pengorbanan mu tak akan sekali anakmu lupai.
Sesungguhnya ayah, aku terlalu bersyukur pada Allah atas kurniaan seorang insan yang bergelar Ayah yang terbaik bagiku anakmu yang daif lagi penuh dosa ini wahai ayahku...
Wahai Ayahku..
Walaupun aku tak pernah memberi apa-apa hadiah di hari bapak padamu, itu tak bermakna yang aku tak menyangi dirimu..Mungkin aku bukan seperti anak-anak yang lain yang akan menyambut hari bapak bersama ayah mereka, membeli kek untuk ayah mereka tetapi aku berjanji padamu akan aku banggakan dirimu kerana mempunyai anak seperti ku.
Ya Allah...
Sesungguhnya hambamu yang lemah ini ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadamu kerana mengurniakan Dia sebagai ayahku. Aku mohon agar kau panjangkanlah umur ayahku agar anaknya ini dapat membalas segala jasanya, supaya aku dapat melihat gelak ketawanya.
Amin.....

Friday, June 19, 2009

Renungkanlah......

WAHAI TEMAN-TEMAN RENUNGKANLAH...
betapa Allah ingat pada kita, tetapi kita lupakan Dia yang mencipta kan kita...

surat sayang(peringatan)Allah pada hambanya yang mudah lupa....


Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu
dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,
walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau ber syuk ur kepada KU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......


AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu
sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi
selama lima belas menit tanpa melakukan apapun.
Kemudian AKU melihat engkau menggeerakkan
kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara
kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan
menghubungi seorang teman untuk mendengarkan
kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa mal u untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rizki yang AKU berikan, tetapi
engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engkau akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau
pu lan g kerumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yg ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat mal am kepada
keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan
tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.

Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir
untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sadari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU
menantikan sepatah kata, do ' a, pikiran atau syuk ur
dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa
hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk
menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu......... tak
kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.

Subuh ......... Dzuhur .......
Ashyar ..........Magrib ......... Isya dan Subuh
kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada
sepatah kata, tak ada seucap do ' a, dan tak ada
rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk
bersujud kepadaKU .........

Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU?????
Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU
berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU
hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat
KepadaKU............!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU
tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa
KU, memohon perlindungan KU, bersujud
menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu
setiap saat ........

ini mungkin anda fikirkan ia tidak bermakna..tetapi ketahuilah yang Allah sentiasa mengasihi umatnya walaupun kita sering malahan selalu lupa padanya..

jadikanlah teladan dan pedoman serta kembalilah ke jalan yang benar...

Thursday, June 18, 2009

bayar cash!!!!!

dalam kesibukan membuat kerja ibu sering menggangu aku...asyik kol rumah sjer....wat aku rasa rimas...

tanpa aku sedar aku telah mengasari ibu aku.aku telah meninggikan suara aku kepadanya, aku takut dia kecik hati dan merajuk pada aku..sehinggakan aku kol pun dia tak jawab...

aku marah pada diriku sendiri kerana telah berjaya mengikut kata-kata syaitan,aku sedar aku telah melakukan banyak kesilapan.aku seorang yang ego,selama aku hidup tidak sekali aku memohon maaf atas kekasaran aku padanya, aku buat seperti tiada apa-apa yang berlaku, bila kemarahan aku reda aku cakap seperti biasa dengan ibuku..dia pun seperti biasa melayanku tanpa rasa marah ataupun kecik hati denganku.oleh sebab itu aku tak pernah terlintas untuk memohon maaf padanya...

tapi pernah suatu ketika dia memarahi aku,aku terus terasa hati dan marah juga berkecil hati dengan nya sehingga tidak mahu bercakap dengannya, tapi dia masih mahu bercakap dengan aku walaupun sebenarnya dia tidak pernah salah langsung padaku..kerana ibu tak pernah salah kepada anak-anaknya.

aku tidak tahu berapa banyak aku telah menyakiti hati ibuku,tapi yang aku tahu segala yang dia lakukan padaku terlalu berharga dan aku tidak mampu membalasnya...

berbalik kepada topik bayar cash, setelah aku meninggikan suara aku kepada ibuku dengan tidak semena mena Allah telah memberi hukuman kepadaku dengan serta merta, aku terluka terpijak benda tajam..

pahala dan dosa aku....

kehidupan adalah sesuatu yang patut kita sebagai manusia hargai selagi nyawa masih bersatu dengan jasad...tetapi dalam kita mencari kehidupan yang sempurna kita terpaksa mengharungi pelbagai panca roba juga ujian dari yang maha Esa iaitu Allah S.W.T. pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita manusia yang sempurna dunia ini???

bagi aku, aku belum menjadi manusia yang sempurna di sisi Allah dan juga masyarakat sekeliling...aku terlalu banyak menyusahkan manusia sekeliling...adakah Allah akan mengampunkan dosa aku...terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan, dikala aku senang aku lupa mensyukuri apa yang diberi oleh Dia...tapi di kala aku susah aku mula sujud bersungguh-sungguh mengharap aku diampunkan dia dan aku mula membuat janji bahawa aku tak akan melakukan pekara seperti itu lagi...

apabila kesenangan menyeri hidup aku, aku mulai lupa,leka dan lalai....lupa pada Maha Pencipta,lupa pada kitab agung yang Dia kurniakan sebagai pembimbing kita ke jalan yang benar...

kadang-kadang hati mengatasi minda yang waras..hati mula berkata bahawa "walaupun aku tak sembahyang aku tetap dapat keputusan yang baik aku tetap ramai kawan aku tetap disayangi orang" memang tak patut langsung!!!! jahat hati sampai boleh berkata begitu...

jika nak dibandingkan dengan latar belakang aku,family aku orang yang taat pada Allah, patuh suruhan Allah.seringkali mak aku bertanya tentang aku, adakah aku sentiasa mengaji, tapi disebabkan lebih ikutkan syaitan aku sanggup tipu mak aku mengatakan yang aku mengaji, tetapi sebaliknya...aku tahu mengenai azab Allah yang Maha dasyat itu, tetapi hati masih nk berdalih dan menidakkan pekara itu..

sekarang aku terfikir betapa banyaknya dosa aku dibandingkan dengan pahala aku...aku perlu cari jalan yang benar,jalan yang akan membawa aku ke jalan menuju Allah yang Esa..aku takut andai jangka hidup ini tak lama...aku ingin menemui Allah dengan cara yang betul...

Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini.....