THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, June 25, 2009

~kisahku bermula di sini~

Kebahagiaan yang aku rasakan sekarang telah dicuit dengan sedikit kerisauan dan membuatkan hati aku jadi tidak tenteram,aku jadi semakin diam di rumah memikirkan apa yang akan terjadi di masa hadapan. kadang-kadang aku rasakan tidak mahu menghadapi masa depan, tetapi aku perlu sedar bahawa setiap yang menimpa ada hikmahnya juga semuanya datang daripada Allah...sebuah persahabatan yang terjalin lebih kurang 2 tahun terputus begitu sahaja hanya kerana salah faham juga ketidakselesaan oarng keliling melihat betapa akrabnya kami waktu dulu...

Sekarang aku nekad untuk menceritakan semua yang berlaku, mungkin dapat meringankan beban juga kerisauan di hati ini.

dari mana harus aku mulakan???
Oh ya!!! ak patut mulakan dari sini...

bulan 7 2007: aku diterima masuk di salah sebuah IPTA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda...dari sini lah aku mula mengenali mereka..SN mempunyai teman iaitu H, kali pertama aku melihat H aku takut hendak berbicara denganya kerana aku merasakan dia seorang yang pendiam tapi kami mula bercakap pada sambutan hari kelahirannya pada bulan 7 sama bulan dengan hari lahir aku.W juga teman sekuliah denganku.aku, SN dan juga W akan selalu pergi ke kuliah bersama dan bila waktu makan kami bertiga akan pergi bersama H. pada masa itu aku merasakan mereka kawan yang baik, mereka boleh bergurau denganku, seronok sangatlah waktu tu...waktu tuu aku merasakan yang merekalah teman yang akan aku jga persahabtan kami.Setiap hari yang begitu indah bagiku..Aku mula rapat dengan H tapi aku masih belum betul2 mendekati dia krn dia begitu rapat dengan SN.SN pula tinggal serumah dengan ku tapi berlainan bilik dengan ku. dia sebilik dengan G.G seorang yang baik, matang juga pandai.SN banyak menceritakan permasalahan nya padaku, G dan kekadang pada H kerana H tak serumah dengan kami. begitu juga dengan W. SN mempunyai Bf yang dia juga belum pasti sama ada dia sygkan bf dia ataupun tidak kerana SN telah menjalinkan hubungan dengan banyak lelaki.Semakin lama aku mengenalinya aku dapat lihat betapa dia tak suka dengan Bf dia, setiap hari dia pasti akan kuar dengan laki2 tuu..dan dia juga mempunyai seorang abg angkat.tapi aku tak kisah asalkan kami dapat berkawan.kami terus berkawan bereempat dan aku terus mengenali setiap di antara mereka dan aku harap mereka juga begitu.Demi kwan aku dan H sggp tipu Bf SN apabila dia mahu kuar ngn abg angkat dia.xpala asalkan dia bahagia,mungkin bagi dia mempunyai banyak kawan lelaki dapt membahagiakan dia asalkan dia tak lupa pada kwn2 dia...Sampailah pada suatu ketika bermulanya ketidakpuasan SN pada W, teringat lagi aku selepas dia turun dari bas dia pun menceritakan ketidakpuasan dia pada W, tapi aku tak bg apa2 komen kerana aku dah berjanji tak mau cerita sal sesiapa pun...kerana terlalu seronok berkawan juga kami selalu menghabiskan masa bersama membuatkan aku lalai dan kekadang lupa pada Maha pencipta..Aku sudah tidak seperti aku di Matrik dahulu..aku lalai dalam mengaji, aku melewat2kan solat dan kekadang aku sanggup menipu ibuku bahawa setiap hari aku mengaji padahal ia sebaliknya.Tetapi aku tau dan aku yakin antara kami da seorang yang dia juga mempunyai pemikiran seperti ku iaitu H sebab aku dapat tahu kekadang dia mesti mengaji walaupun tak selalu.Pada saat tuu aku begitu mengharap yang dia dapat jadi Sahabat aku, sahabat yang selama ini orang cakap yang sahabat akan da di kala susah dan senang aku.

kami berkawan dan terus berkawan....sehinggalah tamat semester 1...

:::bersambung:::

0 comments: