THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 23, 2009

...:::berbaik semula::...

Assalamualaikum...


dalam keseronokkan menyambut hari raya nii..tiba-tiba kwn yang aku berkecil hati dgn dia msg aku..ayt dia cmni...


"semekom sori gnggu..nk tny sket..ang ngn aku da mslh pa?"

ha tuu la msg dia...aku pun jwb la yg xda pa2..kami pun terus meluahkan semua yang kami xpuas ati,dan alhamdulillah semuanya sudah seperti sediakala..

sebgai seorng yg telah meningkat dewasa kita perlulah bersifat matang,jgnla disimpan kemarahan kita itu krn ia tak akan menguntungkan kita sikit pun..

oleh itu marilah kita bermaaf-maafan antara kita...jgnlah kita ego,klu boleh beralah la...huhu

tapii..yg kes aritu mmg takkan selesai smpai bebila pun..smua nya keras ati....aku memohon agar dibuka pintu hati mereka..huhu

wassalam...

Tuesday, September 22, 2009

...:::setelah lama menghilang::..

Assalamualaikum...

maaf ya kerana lama menghilang...

kesibukkan di UPSI membuatkan aku tak sempat menjengah ke blog..rupanya ramai kwn2 aku yg dah da blog nii..huhu..


kegembiraan pada awalnya aku sangkakan akan berkekalan..rupanya "ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari" pada mulanya aku gembira dan semakin tenang kerana walaupun aku hilang kwn tapi Allah gnti kan pada aku beribu kwn yg baik dan yang seperti yang aku mahu,yang boleh membimbing ak ke jalan yang benar juga jalan yang diredhai insyaAllah..

kadang-kadang Allah menguji aku..pada waktu tuu aku sedar betapa aku alpa dalam mengingatinya..dan bila aku diuji dengan masalah aku mula mencari jalan petunjuk,mula memohon kepadaNYa, dimana pendirian diri aku nii???aku juga belum pasti...

dalam aku mencari jalan yang benar, aku besyukur kerana Allah masih mahu memberi aku sedikit petunjuk,Dia kurniakan aku insan yang dikenali sebagai sahabat, dia banyak membimbing aku,memberi aku semangat,aku mula kenal erti persahabatan....

aku terus mengalah dalam apa jua situasi kerana bg ak itu cara yang trbaik dalam menyelesaikan mslh yg sudah2...

sesungguhnya keberkatan bulan Ramadhan itu terselah,bulan itu terlalu indah sehingga dalam kekusutan yang menimpa aku mendapat sinar cahaya...kegembiraan kembali mengjengah ke ruang hati aku..hehehe..

kali nii aku sedar yg aku tak kan ulang pekara yang sama lagii..aku xkan biarkan pekara itu terjadi lagii...aku berjanji pd diriku,bahawa biarpun di kala aku sng mahupun ssh aku perlu kembali pada Allah,hya pada Dia sahaja yang selayaknya aku luahkan segalanya...'

aku bersyukur raya kali nii aku lebih bermakna,dengan penuh keihklasan aku memohon seribu keampunan kepada semua andai aku pernah mengguris perasaan sesiapa saja...huhuh...

bye...

wassalam...

Monday, July 20, 2009

...:::hari yg bosan:::...

Assalamualaikum...


1st thing nk gtau yg ana xsabar-sabar nk tggu lagii 2 harii..hari yg akan mendewasakan ana untuk cuba jadi lebih matang dan akan dapat membuat keputusan dengan tidak terburu-buru..

benda yg paling menyedihkan ialah dengan tidak semena-mena kwn ana msg ana dengan ayat yg agak pelik..

"ahad 19 julai 2009 jam 11.30 pm: Ana Sombong"

pelik dan hairan ana???bila ana msg or ajar kuar dia bagi seribu satu alasan, then bila ana dah tak kacau dia, dia plk leh kta camtu kat ana...ermmm mmg pelik ngn dunia nii..haizzz...

today, isnin 20 julai 2009: ana dan teman sebilik berpuasa sunat, tapi arini mmg agak letih sgt, asal dapat peluang untuk tidur pasti takkan ana tolak, tapi kali nii ana tekad untuk kurangkan tido supaya tak kurang la pahala puasa arini..hhuhuhu...pada mulanya semua berjalan dengan lancar...ana ke lab kimia jam 8.00 am, ameudia setelah lab ana berhasrat untuk ke libary dan telah mengajak seorang rakan ana, oleh itu rakan ana telah memberitahu W dan rakannya, ana ingtkan tak apala kerna tak baik kedekut ilmu kan..huhuhu.. tak ana sangka rupanya mereka mahu libary..berjalan dengan laju seperti mahu lawan siapa yg akan sampai dahulu...ana igt dah xnak dekat dgn ana lagii...haizz...biar ja laa ana redha jaaa...yg paling wat ana tak ada mood bila si W jalan berselisih ana dengan gaya yg ego dan bongkak dengan mendabik dadanya..huhuhu..GERAM!!!!

kemudian semuanya berjalan dengan smooth...

yg ingin ana kongsikan sebenarnya is betul seperti kata lagu dari kumpulan raihan..

dimulakan dengan bismillah...disudahi dengan alhamdulillah...begitula sehari dalam hidup kita mudah-mudahan di rahmati Allah...

arini apabila ana pergi ke libary lebih kurang jam 2.30 pm tuk berkongsi dengan Zura dan Anis mengenai lab report yg telah disiapkan kami bertiga apa yg ana pelajari dari mereka berdua adalah SEMUA YG KITA LAKUKAN MESTILAH MENGINGATI ALLAH YG SATU...
kisahnya bermula apabila kertas tak dapat nk di kepilkan menggunakan stapler, setelah berkali-kali ana mencuba tak boleh gak..kemudian ana minta bantuan Zura, pada mualanya tak boleh dan yg mengajaibkan apabila Zura berkata Bismillah dengan sekelip mata paper ana ituu sudah terkepil..wow!!! begitu besarnya ayat-ayat Allah..

Akan ana gunakan nya setiap hari dalam kehidupan..mungkin kekadang ana lupa bila sesuatu kerja yg ana lakukan menjadi tanpa bismillah...

Amalkanlah selalu...

Amin.....

Tuesday, July 14, 2009

...:::KEJaDiaN MaNuSia:::...




Assalamualaikum...


hari ini ana telah membaca satu potong ayat dalam al-Quran yang sekaligus menafikan teori Charles Darwin bahawa manusia tejadi hasil REVOLUSI.ia ini kejadian manusia bermula daripada Monyet kemudian berlaku lah revolusi sehingga terjadi manusia yang mempunyai cukup sifat...

LOGIK KAH????

banyak juga artikel juga buku yang telah ana baca mengenai kejadian manusia, juga yang paling ana kagumi adalah ceramah dari Dr. Danial Zainal Abidin seorang penceramah bebas yang lebih menjurus kepada Sains dan al-Quran..

hari ini ana telah menjumpai sepotong ayat yang dapat menyahihkan lagii pengetahuan ana juga ana harap dapat membuka minda pembaca blog ana ini

Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) , kemudian ia
menjadikan daripadanya isterinya(Hawa) dan ia megadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-ringkat) dari satu kejadian ke
satu kejadian
. Dalam
tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian(kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu. bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat di pesongkan (dari mematuhi perintahNya) .

surah Zummar (ayat 6)




kejadian manusia(diri kita sendiri)

dari satu kejadian ia ini air mani dari si ayah yang mempunyai bejuta-juta sperma untuk bercamtum dengan Ovum si ibu...tidakah indah dan sempurna nya kita ini. patutkah kita di samakan dengan Monyet???

dalam tiga suasana yang gelap gelita; menerangkan tentang permbesaran Embrio dalam rahim ibu iaitu kegelapan dalam rahim, kegelapan dalam perut ibu dan juga kegelapan dalam tembuni

Oleh itu marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Maha pencipta iaini Allah S.W.T.




:::Sekian:::

Monday, July 13, 2009

...:::HaRi LaHiR SaHaBaT aNa:::...

ermmm besarnya mulut Shima...


epi bufdaY!!!!! xsabar nya nak mkn kek...


Bufday Girl.....Shima & Jiah


sedapnyer Kek....






Assalamualaikum....



ingin ana coretkan sedikit kegembiraan kerna ana dapat menyambut hari lahir teman baik yang ana sayang dan ana anggap dia seperti sebahagian keluarga ana..



Kepada,


Noor Hasimah Bt Hamdin aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 21.aku harap Shima suka dengan surprise yang aku buat untuk kau...aku harap kau akan sentiasa di murahkan rezeki daripada Allah S.W.T. dan aku juga berharap kau akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu.ingatlah semakin meningkat umur kita semakin pendek umur kita ia ini kita semakin menghampiri mati..oleh itu aku harap kita sama-sama memohon kepada Allah supaya diberkati persahabatan kita dan bertambah kasih sayang antara kita sesama manusia.....



ana telah mengambil beberapa gambar semasa majlis surprise itu...walaupun tak sebesar majlis org lain tapi ana gembira dapat buat sahabat ana gembira.ana juga telah menyambut hari lahir Jiah yang sudah lepas..



mula-mula ana rancang dgn Jiah tuk surprise Shima tapi Jiah tak tau yang kek tuuu da tulis nama dia gak..hehehe..terer tak ana...happy belated bufday Jiah...

Sunday, July 12, 2009

...::::HaRi Yg MeMeNaTKaN:::...

Assalamualaikum...terlebih dahulu ana ingin memohon maaf kerana tidak dapat menjengah ke blog beberapa hari ini kerana ana terlalu sibuk dengan kuliah yang baru sahaja bermula..InsyaAllah ana akan jumpa update blog setiap hari...kalau tidak pun 2 hari sekali..

banyak yang berlaku dalam 3 hari ini....

apa yang ingin ana kongsikan adalah apa yang terjadi pada hari ini ( isnin 13 july 2009) dari pukul 8 pg hingga jam 12.30 tgh....

bermula jam 6.50 am ana solat subuh..
kemudian jam 7.05 am ana membersihkan diri..
ana berharap pagi ini akan jadi kan hari ana indah kerana ana, Shima dan Jiah Puasa Sunat Isnin...
pagi yang merisaukan apabila ana tidak pasti dimana kuliah lab kimia tak organik (TKT2013) sama ada di M.K 2B ataupun M.K 2.mungkin anda tertanya-tanya adakah ana tidak mempunyai timetable..ya benar ana memang mempunyai timetable,tetapi pada hari sebelumnya iaiatu Ahad 12 july 2009 ana telah melihat portal yang mengatakan lab TKT2013 adalah di M.K 2..Oleh itu ana nekad untuk pergi ke M.K 2B dulu dan sekiranya di situ adalah kelas yang lain ana pun akan ke M.K 2...
7.50 am tiba di M.K 2B: ana menyakan kepada seorang akak senior dan dia mengatakkan bahawa ini adalah lab untuk kimia organik..jadi ana pun teruslah ke M.K2B.. Sambil berjalan ana cuba menghubungi Yusra tapiii malangnya tiada berjawab, menjadi persolan di hati adakah Yusra benci padaku seperti SN dan W kerana sekarang Yusra baik dengan SN dan W ataupun Yusra dah masuk lab dan tidak dapat menjawab panggilan ana...ana biarkan saja persolan itu bermain di hati, yang penting is i have to be in that class..hope so..

8.00 am ana tiba di M.K 2 tetapi ana tidak lihat langsung kelibat Yusra,W mahupun rakan sekelas yang lain cuma yang ana lihat is budak-budak senior yang ana agak familiar dengan wajah mereka kerana ana pernah satu team dengan mereka dalam Persatuan Mahasiswa Matematik UPSI (PMMU).ana cuba lagi menghubungi Yusra tiada juga berjawab, dalam perjalanan ana semula ke M.K 2B tiba-tiba......

tiba-tiba telefon bimbit ana berbunyi ana lihat di skrin telefon tertera nama Yusra Cel.ana pun menjawab dan menanyakan di manakah kelas lab kita.Rupa-rupanya Yusra belum sampai lagii baru di pintu pagar..ana pun cakap pada Yusra :

aku tunggu ang kat sini(lab M.K 2 yang berhampiran dengan pintu pagar), yusra
berkata tak pa laa ang pi dulu kita jumpa kat M.K 2B.
Pada waktu tuu ana sedar yang mungkin W ada bersama Yusra...ana pun bergerak
seorang diri menuju ke M.K 2B.setiba di sana ana sudah lihat kelibat Yusra,W dan Ekin.Sebagai seorang yang profesional ana pun membuat seperti biasa walaupun di hati ini hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya ana apabila yusra yang ana tak pernah gaduh akhirnya jadi seperti orang yang benci ana sampai nak tgk muka ana pun tak mahu, nak cakap cam tak nak cakap, jawab cam tak nak jawab..Setahu ana, bila ana dgaduh dengan SN dan W ana tak pernah nak hasut kengkawan yang lain supaya jangan cakap or buat muka kat SN dan W.Walallahulam...kalau SN dan W ada buat camtu sebab apa ana kata bergitu is when SN pair dengan W untuk lab ana pasti akan pair dengan yusra tapi sekrang Yusra cam nak mengelak dari ada kena mengena dengan ana..ahh...biar saja lah,......

8.20 am baru kami mengetahui yang rupanya lab TKT2013 di M.K 2...setiba di M.K 2 kami pun memberitahu masalah kami kepda Prof..hari yang membuat ana terasa apabila si W berbisik-bisik dengan Yusra bahawa yusra tak mahu pair dengan ana..ana pun dah tahu dari awl lagii bahawa yusra memang tak akan pair dengan ana, ana pun tak kisah..tapi tak payahlah sampai nak berbisik-bisik..

11.00 am ana pergi mencari buku teori pengajaran matematik oleh prof shah saad.mula-mula ke libary bersama Ekin malangnya buku itu sudah kehabisan kemudian ana pulang ke rumah untuk mengambil nota untuk di fotostatkan kepada Amy.

11.15am ana ke cc dulu untk print RI TKT 2013, kemudian ana ke Bitarasiswa untuk melihat sama ada kedai buku lagii satu buka ataupun tidak untuk ana membeli buku TMP. Tiba-tiba di bitarasiswa ana terlihat ada penjualan pelbagai jenis buku, pada mulanya ana ingin mencari buku untuk kuliah petang nii alih-alih ana terlihat sebuah buku yang menarik kulitnya yang bertajuk Aisyah..

kemudian ana menuju ke kedai buku yang lain untuk mencari buku TMP, Alhamdulillah jumpa juga..ana membeli buku tersebut untuk ana dan juga teman ana, Amy..

Ana menuju ke kedai fotostat tetapi malangnya nota yang ingin ana fotostat ana rupanya tertinggal di rumah..tak apa la ptg nii akan ana ikhtiarkan untuk fotostatkan untuk teman ana..

apa yang ingin ana kongsikan is sometimes kita kena jadi profesional jgn la mengikut kata hati berbanding akal fikiran kerana ia akan merosakkan diri..kepada teman ana yang sanggup jugde ana begitu ana terima dengan redha...ana serahkan semuanya pada Allah yang Esa..

semoga petang niii akan menjadi ptg yang lebih bermakna...amin...

:::Sekian:::

Thursday, July 9, 2009

...:::BaPoK YaNg InSaF:::...

Kisah pilu ini baru sahaja diceritakan
padaku sebentar tadi. Ketahuilah
kamu bahawa kisah ini adalah kisah
benar… memang benar dan tidak ada
yang benar melainkan benar-benar belaka
… cuma ..nama dan wataknya
sahaja telah ditukarkan agar tidak
menyinggung perasaan mereke-mereka yg
terbabit especially VIP-VIP yang tengah
dok kecut perut selepas kes
Norrita
!!!

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah
Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ).
Ayu adalah seorang mak nyah ataupun
Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu
masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok
yang berkerja di sebuah syarikat
swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara
sebagai Operator cum penyambut
tetamu.

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di
KL, beliau tinggal bersama teman
sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu
Klang. Namun, apabila Hamdan..

oopssss …
Ayu mula menukar selera dan
cara hidupnya akibat terlalu
taksub
dengan gaya kehidupan
kota metropolitan
yang cukup mencabar lantaran memilih
cara pemakainnnya menjadi seorang ‘wanita’.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh
mata-mata gatal jantan-jantan
miang kota
raya. Sekali pandang
ke ayu annya memang terserlah …
lengguk
langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun
bangun berlari … apatah lagi
kalau skirt pendeknya kegemarannya
terselak bak tiupan angin ganas
kenderaan yang sentiasa mundar mandir …
macam-macam ada …
Pak Abu
pun boleh simpan ketayap dalam poket
dulu. Keterampilan ini pun
kadang-kadang membuatkan Ayob yang
memang telah mahir dengan asal usul
Ayu pun tak tertahan …
takut-takut ada
yang patah katil bujang nanti …
sabun pulak jangan cherita lah …
sejak-sejak kebelakangan ni,
asyik kehabisan stok saja …

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan
nama baik kampong mereka Ayu
telah berpindah keluar dari rumah
sewanya ..tak sama line lah braderrrr..

Hari demi hari berlalu dengan pantas …
kehidupan kotaraya makin
mencabar … kelibat Ayu sudah lama
tidak kelihatan … kes jenayah
makin menjadi-jadi … rogol, ragut,
bunuh secara sengaja, tidak sengaja
maupun tanpa disedari, buat dan buang
anak. Kadang-kadang tertanya-tanya
juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya
yang telah vogue gitu …

Di pendekkan cerita yang makin
memanjang, satu hari ketika Ayob berada
di rumahnya sedang menonton Akademi
Fantasia tiba -tiba kedengaran satu
ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob
buka pintu… dilihat didepannya
seorang wanita cantik lagi Ayu …
dengan skirt pendeknya..dan rambut
al-ala Norrita..Ayu menyapa Ayob. Hampir
tak kenal Ayob bahawa di
depannya itu sebenarnya akan kawannya si
Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan
ke’Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun
masuk ke rumah sambil menangis
tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob
yang terkedu dan gabrah
cepat-cepat menutup pintu kerana
takut-takut diintai oleh pasukan 999
TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan
Ayu membuatkan Ayob berasa
sesuatu yang telah mula bergerak …
namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .

Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku
sebenagnya nak bertaubat.. Aku
tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi
lagi. Aku insaf … insaf …
TAUBATTTTT … aku tak mau nama dan
gambag aku keluag masuk TV ataupun
sorathabag macam dot dot dot tu …. isk
isk isk huaaaaaa … .

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama
timangan Hamdan semasa mereka
di kampong) Aku pun selalu juga dok doa
kut hang balik ke pangkal jalan.
hamdulillah …

Ayu : Betoi lah Yob … hang sorang lah
kawan aku dunia dan akhirat
….. Mulai minggu depan … Yob aku
akan berazam untuk berubah … kali ni
habis-habisan. Aku akan … jeng..jeng..
jeng … .. .
… …
… …
… …
… …
… …

pakai tudung dengan baju kurung
ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah
aurat. What do u thing Ayob ?

Ayob : Astagfirullah. .. …
( Ingat taubat betoi-betoi ) .....








...:::sekian:::...

....:::FaMiLyKu:::...

...:::FaMiLy Yg Aku SaYanGi::::...

...:::My BeLoVeD MoThEr:::...

...:::My PaReNt:::..

time niii seronok sgt...sebab dalam family ana susah sgt dapat kuar sekali....ni laa dapat peluang kuar sekali eventhough kitaorang just pergi kenduri niii laa arii yang wat aku rasa gembira..semoga Allah kekalkan hubungan kekeluargaan kami...











...:::BeRsYuKur Ku:::...

persahabatan yang telah hancur...selama aku cuba kekalkan hubungan kami..akhirnya Allah lebih mengetahui...


Setelah hampir seminggu berlalu aku tersangat bersyukur atas nikmat dan ketenangan dalam kesibukkan aku menjalani hidup sebagai pelajar UPSI....Adikku pun telah selamat smbung pengajarannya...

Dalam kerisauan yang melanda diri ini atas ketakutan andai aku tidak diterima orang tetapi sangkaan aku meleset sekali..Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan ku...biarpun mereka berdua tetapi mereka tidak boleh memiliki kesemuanya....

cuma.....

salah satu apa yang aku fikirkan akhirnya jadi kenyataan juga...mungkin pada mulanya aku merasa marah tetapi apabila aku fikir dengan hati yang waras aku redha. Anda rasa patutkah apabila kita bergaduh dengan salah seorang kwn sekelas dengan kita dan kawan kita yang lain jadi masam muka dengan kita, padahal pada suatu masa dulu kita tidak ada sebarang masalah pun dengan dia???patutkah dia menghukum kita tanpa mengetahui pekara sebenar...patutkah dia tidak tegur kita hanya kita bergaduh dengan orang lain..rasanya tidak patut laa...


tetapi aku redha dengan semua yang berlaku..aku sedar inilah antara ujian yang Allah beri kepada diri aku ini...apa yang penting bagi aku ,aku hepi sangat dengan Shima dan Jiah..Akan aku cuba jaga persahabtan kami ini..

Semoga Allah kekalkan hubungan kami...dan berilah kami petunjuk..

p/s: da 1 gii mslh???

11 hb 7 nii bufday sahabat ana..sahabat yang ana dah anggap dia cam keluarga ana sendiri...tapiiii ana tak ada idea nk bli apa yang boleh wat dia terharu dan hargai???tolong ana!!!!

Sunday, July 5, 2009

ingin mengubah cara hidupku...

setelah beberapa hari aku tak update blog ini rasa rindu di hati untuk meluahkan apa yang terbuku di lubuk sanubari ini...

beberapa hari yang lalu aku terlalu bz dgn persiapan untuk pulang ke UPSI dan ingin pindah ke runah sewa yang baru setelah pelbagai panca roba yang berlaku sepanjang sem4...selain itu aku juga bz dgn persiapan adikku yang dapat ditawarkan menyambung pelajaran dalam pra diplima sains di UITM K.Pilah..

Jumaat, 3/7/09; perjalanan dari Pulau Pinang ke Tanjung Malim dari pukul 12 kemudian aku serta family aku singgah untuk ambil Sahabatku di Teluk Intan untuk sama-sama pulang ke UPSI.dalam jam 4.30 ptg tiba di Teluk Intan kemudian opahnya menjemput kami untk menjamu selera laksa..disebabkan terlalu letih aku tidak menjamah hanya sekadar minum air sahaja.tapi aku hepi sbb family aku 1st time datang rumah sahabatku juga merangkap anak angkat pada keluarga aku.. Perjalanan diteruskan dan lebih kurang 6 ptg kami tiba di UPSI dan aku meletakkan barang-barang ku di rumah baru kemudian kami terus pergi ke pekan untuk mencari sedikit barang adikku.jam 6.30 ptg kami semua gerak ke Btg Kali rumah mak cik ku untuk berehat di sana..

Sabtu 4/7/09; seawal jam 8 kami bertolak ke seremban untuk menghantar adikku ke uitm..perjalanan yang agak jauh juga bersyukur aku kerana ada kawan pak cikku yang sudi menunjukkan jalan kepada kami untuk ke uitm tersebut.tempat yang cantik walaupun agak pedalaman sedikit..setelah selesai berkemas dalam jam 1 tgh hari kami bertolak ke KL untuk menghantar ibu bapakku ke hentian duta untuk pulang ke penang.ini adalah kerana ayahku tidak berepa sihat untuk memandu kereta.setelah menghantar mereka aku dan rakanku terus bertolak dari KL ke Tanjung Malim.lebih kurang jam 5.30 kami tiba di rumah lama UPSI, bersyukur aku kerana musuhku yang dulunya rakan baikku belum sampai lagi.aku pun solat kemudian pergi ke rumah baru untuk bersihkan bilik tersebut.setelah pembersihan dilakukan aku pulan semula ke rumah lama dan mandi kemudian solat maghrib dan berehat sebentar kerana terlalu letih.Dalam jam 10 malam kami mula angkat barang nasib baik ada seorang teman lelaki kami mahu menolong kami mengangkat barang al maklumlah rumah baru kami kat tinggkat 3 tak terdaya kami nk angkt kotak yang berat tuu...huhuhu..

Ahad 5/7/09; kami menolong Jiah teman serumah kami juga untuk mengangkat barangnya kerana hari sebelumnya dia terlibat dengan sesi MSK pelajar baru.kemudian kami bertolak ke Teluk Intan semula untuk mengambil beberapa barang yang tertinggal juga purse aku yang tertinggal di rumahnya, tak dapat aku nak byg bagaimana aku berani drive keta tanpa lesen dan IC..huhuhu...bersyukur semuanya selamat...cuma hari nii agak letih mengemas barang yang banyak sangat..

Isnin 6/7/09 ; aku masih tidak kelihatan musuhku dan aku tahu kelas ptg nii mesti aku akn jumpa mereka..Ya Allah aku harapkan kekuatan daripada Mu untuk menempuh dugaan ini..janganlah kau kaitkan aku dengan mereka lagii...biarlah aku seorang pun tak apa..Tolonglah hambamu yang daif ini..Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan akhir-akhir ini tetapi aku mohon keampunan daripadamu..biarlah kelas petang nii berjalan dengan lancar..kerana aku takut sangat...dan aku mohon kau rapatkanlah silaturrahim aku dgn Shima dan Jiah...

:::::amin:::::