Malam yang agak panas disebabkan masalah jerebu yang melanda aku mendapat suatu perkabaran dari ibuku bahawa suami pada jiranku meninggal hanya dalam masa belum sampai 24 jam. Aku berkata begitu adalah kerana pada petang tersebut ada ibuku bercerita pada kami adik beradik bahawa isteri kepada arwah dulunya seorang yang aktif, kemudian dengan tidak semena mena dengan kuasa Allah S.W.T terjadinya suatu kemalangan di mana kakinya di cucuk jarum or sumting yang agak tajam. Bagiku ia adalah perkara biasa tetapi yang menghairankan diriku adalah si isteri tidak lagi dapat berjalan. Telah banyak ikhtiar dilakukan keluarga sehingga pergi berjumpa pakar tetapi tiada perubahan.Menjadi tanda tanya di benakku mengapa ini terjadi???Apakah puncanya???Adakah ia buatan orang???Atau ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan??SubhanaAllah...sesungguhnya Allah itu Maha Esa, hanya Dia lah yang lebih mengetahui..
Dugaan terus menimpa keluarga ini apabila pada pg khamis si suami pergi membeli barang untuk si isteri masak, dengan kuasa Allah si suami ingin menghidupkan enjin motosikal nya tetapi ia merasakan bahawa seluruh tangannya kebas dan tidak semena mena si suami pun jatuh dan di mulutnya keluar sejenis cecair ataupun boleh diumpamakan sprt buih.Si isteri yang berada di atas tidak mampu melakukan apa-apa kerana kudratnya yang tidak mampu untuk turun ke bawah melihatnya apa yang si isteri mampu hanyalah mendengar perkabaran dari orang dan hanya mampu menangis dan menanti perkabaran yang baik dari si suami tercinta. Setelah si suami dibawa Ambulans ke Hospital, Si suami pun menelefon kepada si isteri utk memberitahu si isteri bahawa tiada apa-apa yang menguatirkan..
Dengan kuasa Allah yang Maha Esa juga pada malam hari nya lebih kurang lepas isyak si isteri mendapat panggilan telefon daripada pihak Hospital yang mengesahkan bahawa si suami telah pergi selamanya menemui Allah yang satu..Tiada apa yang mampu dilakukan oleh si isteri yang pada waktu itu hanya keseorangan di rumah menanti si suami pulang.
Hanya jiran-jiran juga teman-teman yang mampu mengubat kesedihan juga kesepian ini...Setelah mendengar cerita ini dari ibuku aku merasakan begitu takut teramat sangat.Selama ini aku merasakan bahawa untuk mati kita perlu sakit yang agak lama barulah mati..SubhanaAllah aku sedar hanya Allah yang menentukan segalanya, hanya dengan sekelip mata semuanya musnah..
Sekarang aku sedar bahawa Mati akan tiba, tidak mengira usia,tahap kesihatan dan pada bila-bila masa sahaja..Aku berdoa supaya biarlah aku pergi dalam keadaan aku mengingati Allah..
Ucapan takziah dari aku dan keluarga kepada keluarga Arwah atas pemergian insan tersayang semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk nya...
Thursday, June 25, 2009
suatu pengajaran
:::Al-Fatihah:::
Posted by AnA227 at 10:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment