THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, June 21, 2009

:::WaNiTa:::

"Tangan yang menghayun buaian mampu mengongcang dunia"





Kata-kata ini masih kita gunakan dan ia di katakan masih logik. Ini adalah kerana kita dapat lihat peratus wanita di dalam mana-mana bidang yang mampu berganding bahu bersama-sama kaum lelaki.

Menjadi persoalan adakah wanita terkongkong dalam mencari pahala seperti mana kebebasan yang diberikan kepada lelaki yang mampu mencari pahala dengan banyak cara.

Pada zaman Rasulullah isu hak wanita diperkatakan oleh seorang wakil dari pihak wanita iaitu Asma' bt Yazid. Beliau merupakan seorang wanita dari golongan Ansar juga merupakan seorang wanita biasa tetapi mempunyai keberanian dan usaha serta menjadi terkenal kerana pembelaanya terhadap kaum wanita, oleh kerana sifatnya ini beliau dihormati oleh bangsanya malahan baginda dan sahabat juga menghormatinya.

Kisahnya bermula apabila pada suatu masa Asma' datang menemui Rasulullah, di depan Nabi beliau memulakan bicara dengan penuh hormat untuk menerangkan maksudnya menemui baginda.

"Aku ini adalah utusan dari kaum wanita," kata Asma' dengan hormat memulai pembicaraannya.

Beliau pun berbicara menerangkan penangunggan para wanita. Wanita seakan-akan terikat dan terkongkong dalam hidupnya di dalam Islam, menjaga rumah dan menderita menanggung hamil, para lelaki kelihatan mempunyai darjat tinggi seakan-akan dilebihkan dari wanita. Mereka pergi solat Jumaat, berjemaah, menjenguk orang sakit dan menghantar mayat ke kubur. Begitu juga dengan naik haji dan yang lebih utama kelebihan lelaki ialah berperang di jalan Allah. Bila lelaki pergi untuk naik haji dan berjihad, maka wanita akan ditinggalkan untuk menjaga harta, menjahit pakaian dan mendidik anak-anak.

Semua pekara itu dibentangkan dengan panjang lebar oleh Asma' dan membayangkan kesedihan hati para wanita. Lelaki diberi kelapangan beramal dan mereka akan mendapat pahala lebih banyak di sisi Allah kerana kesempatan yang banyak bagi mereka berbuat demikian.

"Apakah kami tidak boleh menyertai kaum lelaki dalam pahala dan kebaikan?" kata Asma' pada Rasulullah mengakhiri katanya.

Baginda kelihatan terharu dengan kata-katanya itu sambil memandang para sahabat. Memang kelihatanya wanita dibezakan pahala dari lelaki.

"Adakah pernah kamu mendengar tentang wanita yang lebih baik halnya di dalam urusan agamanya dari wanita ini??" Nabi bertanya kepada sahabat-sahabat baginda.

Nabi memandang ke arah Asma'.

"Tidak kami duga bahawa seorang wanita diberi hidayah Allah sebegini," jawab sahabat.
"Wahai Asma', utusan wanita," berkata Nabi.
" Engkau berilah faham kepada wanita-wanita itu. Berlaku baik kepada suami, hidup suka menyukai, turut memperturutkan, semua ini adalah menyamai pahala para lelaki yang engkau katakan." Demikian Nabi menerangkan ajaran Islam kepada Asma'




Asma' mendengar dengan tenang.



Setelah difahami keterangan Nabi itu, maka Asma' segera meninggalkan tempat itu. Beliau amat bersyukur dan memuji Allah atas kurniaan-Nya.

Asma' kembali menemui kumpulan wanita yang sudah sedia menunggu dan ingin mengetahui apa yang telah dibincangnya dengan Rasulullah. Maka Asma' pun menceritakan keterangan Nabi dan para wanita Islam itu mendengar dan menerima dengan gembira. Begitu luasnya ajaran Islam untuk kaum wanita yang beriman kepada Allah.

Usaha dan keberanian Asma' mendapat sanjungan para wanita Arab dan beliau diberi gelaran "Rasulun nisa" iaitu utusan istimewa wanita Arab kepada Nabi. Beliau mempimpin wanita bangsanya bagi menyelesaikan apa jua keraguan wanita-wanita dan beliau akan mendatangi Nabi s.a.w.

Asma' seorang yang pintar dan juga berani menemui Rasulullah bagi medapatkan kebenaran. Dengan usahanya ramailah para wanita masuk Islam. Beliau diberi penghormatan sebagai

"Utusan Istimewa Wanita"

P/S: petikan dari buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Oleh itu wahai kaum wanita sekalian, jadilah wanita yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. sesungguhnya Islam itu mudah dan janganlah kita merumitkan islam itu dengan memberi pelbagai alasan untuk menyedapkan hati sendiri.

0 comments: