THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, June 21, 2009

:::BuaT INsaN TeRsAYaNg:::

Bagaimana ingin aku mulakan???
Dari mana harus aku ceritakan tentang insan ini???
  • Tentang pekara yang dia lakukan pada aku
  • Tentang pengorbanannya
  • Tentang sifatnya yang suka menolong
Bagaimana ingin aku gambarkan betapa gembiranya aku menjadi sebahagian hidupnya,menjadi darah dagingnya, melihatnya yang sibuk mencari rezeki untuk anak-anaknya membesar seperti anak orang lain,mendengar keluh kesahnya dan melayan sikapnya yang kadang-kadang buat aku makin tersentuh dan terharu....
Dia...
Seorang yang dikatakan "low profile" tetapi dia juga seorang yang tegas dalam menjalankan tanggungkawabnya sebagai ketua keluarga.Dia mencuba sedaya upaya untuk memastikan anak-anaknya tidak menderita sepertinya,biarlah dia yang susah asalkan orang yang tersayang gembira.
Dia...
Seorang yang dikenali dan disegani rakan-rakan sepejabatnya. Merupakan seorang rakan yang boleh dikatakan mesra juga suka membantu rakannya,kadang-kadang dia sanggup mengorbankan kebahagiaan keluarganya untuk rakan-rakannya...
Dia...
Seorang yang tidak suka menunjukan kasih sayangnya itulah lelaki mesti pertahankan egonya, tetapi aku dapat melihat kasih sayangnya terutamanya pada isteri tercinta..walaupun selalu dia bertutur agak kasar dengan isterinya tetapi dia sedaya upaya akan cuba memenuhi impian juga keinginan isterinya.
Menjadi tanda tanya di benakku
  • Kenapa ini yang terjadi padanya??
  • Kenapa kebaikan dibalas dengan kejahatan??
Setelah apa yang dia lakukan tetapi tidak dihargai, mereka semua melepaskan semua beban di bahunya. Aku sedih melihatnya, bagaimana caranya untuk aku membantunya sedangkan aku masih bawah tanggungannya dan sekiranya aku ingin membantunya adakah dia menerima bantuan aku??
Sekarang dia bertungkus lumus mencari duit untuk menyelesaikan beban yang dilepaskan padanya sedangkan pada suatu ketika dia sanggup membantu sedaranya, tapi dikala dia susah semua sedaranya bagaikan "melepaskan batuk ditangga" membiarkan dia menyelesaikannya seorang diri.
Ada juga kekadang aku melihat dia menghubungi orang yang dulunya manis mulut dari lidah, tetapi mereka bagaikan melarikan diri dari membantunya..Inikah dimaksudkan dengan Saudara???
Makin hari aku melihatnya semakin kurus, bermula jam 7 pg dia sudah keluar kerja, pulang jam 1 untuk solat dan rehat sekejap, kemudian jam 2.30 ptg menyambung tanggungjawabnya mencari rezeki, disambungnya terus hingga ke pukul 8.30 mlm, dan kekadang sampai 1 pagi. Malahan sekarang sabtu dan ahad juga dia kerja, ini membuatkan kami jauh darinya..
Disebabkan kejauhan kami darinya membuatkan aku jadi semakin marah pada orang yang mempermainkan kebaikkannya. Walaupun dalam keadaan yang sesak ini dia masih cuba menunaikan permintaan anak-anaknya.
"katakan apa saja wahai anakku, apa yang dikau mahu akan aku tunaikan agar aku akan selalu melihat dikau gembira."




Disebabkan kata-katanya itu,Sekarang aku tekad untuk habiskan pengajian aku, kemudian aku akan menaggung semua bebannya sekarang.Aku mula menjadi seorang yang dewasa, aku mula menjadi insan yang mengenal erti "tanggungjawab" akan aku penuhi semua kemahuannya seperti mana dia menunaikan semua kemahuanku selama 23 tahun.
Wahai Insan yang aku sayang,
Ayah...Abah...Wahid...Bapak...di hari bapa ini aku berjanji padamu akan aku balas jasamu walaupun ku tahu aku tak termampu wahai ayahku, aku anakmu yang telah banyak menyusahkan dirimu, sedang cuba mengembirakan dirimu..segala pengorbanan mu tak akan sekali anakmu lupai.
Sesungguhnya ayah, aku terlalu bersyukur pada Allah atas kurniaan seorang insan yang bergelar Ayah yang terbaik bagiku anakmu yang daif lagi penuh dosa ini wahai ayahku...
Wahai Ayahku..
Walaupun aku tak pernah memberi apa-apa hadiah di hari bapak padamu, itu tak bermakna yang aku tak menyangi dirimu..Mungkin aku bukan seperti anak-anak yang lain yang akan menyambut hari bapak bersama ayah mereka, membeli kek untuk ayah mereka tetapi aku berjanji padamu akan aku banggakan dirimu kerana mempunyai anak seperti ku.
Ya Allah...
Sesungguhnya hambamu yang lemah ini ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadamu kerana mengurniakan Dia sebagai ayahku. Aku mohon agar kau panjangkanlah umur ayahku agar anaknya ini dapat membalas segala jasanya, supaya aku dapat melihat gelak ketawanya.
Amin.....

0 comments: