THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, June 18, 2009

pahala dan dosa aku....

kehidupan adalah sesuatu yang patut kita sebagai manusia hargai selagi nyawa masih bersatu dengan jasad...tetapi dalam kita mencari kehidupan yang sempurna kita terpaksa mengharungi pelbagai panca roba juga ujian dari yang maha Esa iaitu Allah S.W.T. pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita manusia yang sempurna dunia ini???

bagi aku, aku belum menjadi manusia yang sempurna di sisi Allah dan juga masyarakat sekeliling...aku terlalu banyak menyusahkan manusia sekeliling...adakah Allah akan mengampunkan dosa aku...terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan, dikala aku senang aku lupa mensyukuri apa yang diberi oleh Dia...tapi di kala aku susah aku mula sujud bersungguh-sungguh mengharap aku diampunkan dia dan aku mula membuat janji bahawa aku tak akan melakukan pekara seperti itu lagi...

apabila kesenangan menyeri hidup aku, aku mulai lupa,leka dan lalai....lupa pada Maha Pencipta,lupa pada kitab agung yang Dia kurniakan sebagai pembimbing kita ke jalan yang benar...

kadang-kadang hati mengatasi minda yang waras..hati mula berkata bahawa "walaupun aku tak sembahyang aku tetap dapat keputusan yang baik aku tetap ramai kawan aku tetap disayangi orang" memang tak patut langsung!!!! jahat hati sampai boleh berkata begitu...

jika nak dibandingkan dengan latar belakang aku,family aku orang yang taat pada Allah, patuh suruhan Allah.seringkali mak aku bertanya tentang aku, adakah aku sentiasa mengaji, tapi disebabkan lebih ikutkan syaitan aku sanggup tipu mak aku mengatakan yang aku mengaji, tetapi sebaliknya...aku tahu mengenai azab Allah yang Maha dasyat itu, tetapi hati masih nk berdalih dan menidakkan pekara itu..

sekarang aku terfikir betapa banyaknya dosa aku dibandingkan dengan pahala aku...aku perlu cari jalan yang benar,jalan yang akan membawa aku ke jalan menuju Allah yang Esa..aku takut andai jangka hidup ini tak lama...aku ingin menemui Allah dengan cara yang betul...

Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini.....

0 comments: