setelah beberapa hari aku tak update blog ini rasa rindu di hati untuk meluahkan apa yang terbuku di lubuk sanubari ini...
beberapa hari yang lalu aku terlalu bz dgn persiapan untuk pulang ke UPSI dan ingin pindah ke runah sewa yang baru setelah pelbagai panca roba yang berlaku sepanjang sem4...selain itu aku juga bz dgn persiapan adikku yang dapat ditawarkan menyambung pelajaran dalam pra diplima sains di UITM K.Pilah..
Jumaat, 3/7/09; perjalanan dari Pulau Pinang ke Tanjung Malim dari pukul 12 kemudian aku serta family aku singgah untuk ambil Sahabatku di Teluk Intan untuk sama-sama pulang ke UPSI.dalam jam 4.30 ptg tiba di Teluk Intan kemudian opahnya menjemput kami untk menjamu selera laksa..disebabkan terlalu letih aku tidak menjamah hanya sekadar minum air sahaja.tapi aku hepi sbb family aku 1st time datang rumah sahabatku juga merangkap anak angkat pada keluarga aku.. Perjalanan diteruskan dan lebih kurang 6 ptg kami tiba di UPSI dan aku meletakkan barang-barang ku di rumah baru kemudian kami terus pergi ke pekan untuk mencari sedikit barang adikku.jam 6.30 ptg kami semua gerak ke Btg Kali rumah mak cik ku untuk berehat di sana..
Sabtu 4/7/09; seawal jam 8 kami bertolak ke seremban untuk menghantar adikku ke uitm..perjalanan yang agak jauh juga bersyukur aku kerana ada kawan pak cikku yang sudi menunjukkan jalan kepada kami untuk ke uitm tersebut.tempat yang cantik walaupun agak pedalaman sedikit..setelah selesai berkemas dalam jam 1 tgh hari kami bertolak ke KL untuk menghantar ibu bapakku ke hentian duta untuk pulang ke penang.ini adalah kerana ayahku tidak berepa sihat untuk memandu kereta.setelah menghantar mereka aku dan rakanku terus bertolak dari KL ke Tanjung Malim.lebih kurang jam 5.30 kami tiba di rumah lama UPSI, bersyukur aku kerana musuhku yang dulunya rakan baikku belum sampai lagi.aku pun solat kemudian pergi ke rumah baru untuk bersihkan bilik tersebut.setelah pembersihan dilakukan aku pulan semula ke rumah lama dan mandi kemudian solat maghrib dan berehat sebentar kerana terlalu letih.Dalam jam 10 malam kami mula angkat barang nasib baik ada seorang teman lelaki kami mahu menolong kami mengangkat barang al maklumlah rumah baru kami kat tinggkat 3 tak terdaya kami nk angkt kotak yang berat tuu...huhuhu..
Ahad 5/7/09; kami menolong Jiah teman serumah kami juga untuk mengangkat barangnya kerana hari sebelumnya dia terlibat dengan sesi MSK pelajar baru.kemudian kami bertolak ke Teluk Intan semula untuk mengambil beberapa barang yang tertinggal juga purse aku yang tertinggal di rumahnya, tak dapat aku nak byg bagaimana aku berani drive keta tanpa lesen dan IC..huhuhu...bersyukur semuanya selamat...cuma hari nii agak letih mengemas barang yang banyak sangat..
Isnin 6/7/09 ; aku masih tidak kelihatan musuhku dan aku tahu kelas ptg nii mesti aku akn jumpa mereka..Ya Allah aku harapkan kekuatan daripada Mu untuk menempuh dugaan ini..janganlah kau kaitkan aku dengan mereka lagii...biarlah aku seorang pun tak apa..Tolonglah hambamu yang daif ini..Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan akhir-akhir ini tetapi aku mohon keampunan daripadamu..biarlah kelas petang nii berjalan dengan lancar..kerana aku takut sangat...dan aku mohon kau rapatkanlah silaturrahim aku dgn Shima dan Jiah...
Sunday, July 5, 2009
ingin mengubah cara hidupku...
:::::amin:::::
Posted by AnA227 at 9:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment